Header Ads

Breaking News
recent

Asam Pedas Claypot Klebang Merecik Hawau!!

Asam Pedas Clayport Klebang

Melaka, popular dengan masakan asam pedas mereka. Jika ke negeri bersejarah ini tanpa makan asam pedas di sini, memang tidak sah dan seolah-olah perjalanan anda itu tidak lengkap tanpa merasa asam pedas di negeri ini. Mari teruskan membaca, dan dimanakah yang bro makan Asam Pedas yang kategori merecik hawau kata orang Melaka.

Bro semalam berkesempatan ke Melaka semata-mata mahu merasa asam pedas Melaka ini. Sedap sangat ke asam pedas Melaka dan nak tahu juga apa rahsia keenakannya. Di Melaka, restoran / kedai Asam Pedas paling popular adalah Asam Pedas Claypot. Pada mulanya, Bro ke Kota Laksamana tetapi kedainya tutup sewaktu sampai sekitar 5.00pm. Jadi bro bertukar tempat ke Klebang, Melaka. Makan asam pedas berhampiran dengan pantai Klebang. Pasti syok.

Asam Pedas Clayport Klebang

Asam Pedas Claypot Klebang boleh dikatakan popular dan mungkin ia satu cawangan dengan Asam Pedas Claypot di Kota Laksamana. Asam pedas di sini, terdapat beberapa jenis asam pedas yang mereka sediakan. Antaranya adalah

  • Asam Pedas Ikan Tenggiri, 
  • Asam Pedas Tetel
  • Asam Pedas Kepala Ikan
  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Asam Pedas Telur Ikan
  • Asam Pedas Ikam Kembung
Asam Pedas Clayport Klebang

Asam Pedas yang dipesan oleh bro adalah Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Asam Pedas Tetel. Bila anda memesan menu di sini, nasi putih mereka disediakan sekali Nasi, Taugeh, Sambal Belacan dan Telur Masin. Kalau nak nasi sahaja pon boleh. Bercerita mengenai asam pedas ini, memang sedap, pedas giler dan isi ikan yang cukup fresh yang diletak dalam Claypot Tanah liat. Daging Tetel yang diberi juga sangat lembut. Bila menu ini sampai ke meja anda, ia masih menggelegak kuahnya.


Bro kalau menilai masakan asam pedas ini kalau tidak pekat kuahnya, memang fail masakan itu tetapi di sini kuahnya sangat pekat dan rasanya cukup terasa. Memang padu rasa kuahnya ini. Layanan di sini cukup baik dan pantas menghidang apa yang kita pesan. Jika mahu merasa Asam Pedas Claypot ini, bolehlah singgah di lokasi yang bro sediakan di bawah ini. Harga di sini cukup berpatutan. Semalam, Bro hanya membelanjakan RM24.00 untuk makan asam pedas ini. NO GST 6% yer!!! (Nasi putih 3x, Asam Pedas Ikan Tenggiri 1x dan Tetel 1x, Telur Dadar 1x, Teoh O Ais 4x). Jadi, jangan buang masa, bolehlah terjah di sini jika ke Melaka.

Alamat Lokasi :



Asam Pedas Claypot Klebang

  • No.5 Medan Niaga MBMB Klebang
  • Malacca City, Malaysia

Masa Operasi : 6.00PM - 12.00AM
Tutup : Hari Isnin


Nota : Review maknan ini adalah dibayar sendiri oleh bro. Tiada yang sponsor yer

No comments:

Powered by Blogger.