Sejarah IKEA - Bagaimana Ia Bermula



Jenama IKEA sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sudah popular di seluruh dunia. Bagaimana bermulanya IKEA ini berkembang? Pasti peminat tegar IKEA ingin mengetahui apakah sejarah mereka ini boleh berjaya. Jom teruskan membaca dan lihat bagaimana ia bermula :

Sekitar Tahun 1926

Sejarah IKEA - Bagaimana Ia Bermula

Pada 30 March 1926, lahirnya pengasas IKEA iaitu Ingvar Kamprad di Pjätteryd (Sekarang adalah Älmhult Municipality), Sweden. Ketika beliau berumur 5 tahun, beliau mula berjinak-jinak menjual mancis di kejiranannya dengan berjalan kaki dan ketika beliau berumur 7 tahun, beliau mula keluar berniaga menggunakan basikal untuk menjual mancis. Beliau mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan menjual secara berasingan dengan harga yang rendah namun masih dapat memberi keuntungan. Daripada mancis beliau mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan, dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen.

Sekitar Tahun 1940 - 1950

Sejarah IKEA - Bagaimana Ia Bermula

Nama IKEA adalah gabungan dari nama pertama pengasas (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar. IKEA asalnya menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon - memenuhi keperluan barangan dengan harga rendah. Berakar umbi dari pengedar perabot. Ingvar Kamprad merupakan pengusaha yang menbangunkan IKEA menjadi peruncit perabot. Ketika inilah penjelajahan rekaan perabot, dengan pemasangan sendiri, mula di iklankan dan penggunaan katalog serta bilik pameran untuk menawan hati ramai pelanggan.

Sekitar Tahun 1960 - 1970


Konsep IKEA mula terbentuk. Gedung terbaru IKEA mula dibuka dan produk pilihan ramai mula membangun seperti POÄNG dan rak buku BILLY. Inilah masanya konsep mula dibentuk dan didokumentasikan oleh Ingvar Kamprad di dalam The Testament of a Furniture Dealer.

Sekitar Tahun 1980


IKEA berkembang dan meluaskan perniagaannya di seluruh AS, Itali, Perancis dan UK. Pelbagai rekaan klasik sampai seperti KLIPPAN, LACK, dan MOMENT. IKEA mula mendapat tempat di dalam konsep moden IKEA.

Sekitar Tahun 1990


IKEA mula berkembang. Perabot Kanak-kanak di IKEA mula diperkenalkan dan ia terfokus kepada penyelesaian kelengkapan rumah yang memenuhi keperluan keluarga yang mempunyai anak. IKEA Group dibentuk dan bertanggungjawab buat orang ramai dan alam sekitar di dalam memacu perniagaan. Pada sekitar tahun ini, IKEA Malaysia mula di buka secara umum pada tahun 1996 di Damansara, Selangor.

Sekitar Tahun 2000


IKEA mula berkembang dengan penambahan gedung di Jepun dan Rusia. Segalanya tentang penyelesaian dan idea bilik tidur serta dapur yang disusun atur dekorasinya di bilik pameran. Dalam tempoh ini juga kejayaan demi kejayaan dapat dilihat dalam perkongsian tangungjawab terhadap sosial dan alam sekitar.

Penjelasan ini hanya ringkasan sahaja. Anda boleh membaca sejarah lebih terperinci sekitar tahun yang Bro senaraikan. Jika anda berminat untuk mengetahui sejarah terperinci mengenai produk IKEA ini, klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.

No comments

Powered by Blogger.