Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu - Terowong Informasi

Breaking News

Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu

Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu

Samyang atau ramen, semua orang tahu makanan ini yang berasal dari Korea Selatan. Populariti samyang ini dikuatkan lagi dengan demam K-Pop yang melanda anak muda di Malaysia. Samyang ini sama sahaja seperti Mee Maggie yang berada dipasaran Malaysia tetapi samyang lagi pedas berapi.

Sebab itulah samyang amat digemari di Malaysia sehinggakan pengeluar mee segera di Malaysia tercabar dan cuba menandingi kepedasan samyang ini. Tapi, bagaimana samyang ini boleh wujud? Hari ini, Bro akan cerita secara ringkas mengenai asal-usul samyang ramen ini.

Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu

Syarikat Samyang Food ditubuhkan oleh Jeon Yoon pada 1961 merupakan syarikat pertama yang menghasilkan mee segera Korea. Pada waktu itu, Korea Selatan mengalami masalah kekurangan stok makanan, maka mee segera merupakan penyelamat mereka dari kebuluran Jesteru, mee segera menjadi makanan ruji yang kedua di Korea Selatan.

Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu

Ilham pembuatan samyang atau ramen ini tercetus apabila pengasasnya melawat negara Jepun kerana pada waktu itu, mee segera sudah lama bertapak di Jepun. Hasil bantuan kerajaan Korea Selatan, pengasas tersebut berjaya membeli mesin membuat mee segera ini. Ramen pertama dihasilkan adalah berperisa Sup Ayam. Pada ketika itu, ramen ini belum rasa pedas. Pengasas tersebut cuba menghasilkan ramen sup ayam pedas dan sambutan yang luar biasa pada masyarakat Korea pada ketika itu. Pelbagai perasa sudah dihasilkan oleh Samyang Food sehingga kini dan terus mengekalkan kepedasan tersebut.

Itulah sejarah asal-usul sambang ramen yang ramai tidak tahu. Diharap dengan informasi ini, pada memberi sedikit ilmu kepada anda semua. Bagi anda, perisa mana yang anda paling suka?

No comments