8 Tips Melayan Isteri Dengan Baik - Terowong Informasi

Breaking News

8 Tips Melayan Isteri Dengan Baik


Perkahwinan adalah satu perkara yang menarik dan satu perkara yang diredhai Allah S.W.T.
Jika kamu telah berkahwin, tak semestinya kamu pandai melayan si isteri dengan baik.
Ada kalanya kita terlupa sesuatu apa yang patut dibuat bila dah kahwin.
Romantis dalam ikatan suami isteri bukan setakat sebelum bercinta sahaja malah lepas perkahwinan pon perlu romantis. Barulah si isteri merasa disayangi..
Cewah, bukan main hackers cerita mengenai ini.
Malam ini, hackers nak share tips kepada kamu tapi untuk dah berkahwin sahaja ye.
Yang belum kahwin, simpan info ini untuk kamu melangkah ke alam perkahwinan ini..
Mari kita teruskan tip ini :

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

7 comments

Cikbeyla Nabiella said...

nak doa dapat suami yg mmpu buat macam ni nanti.hahahha.
:D

Terowong Informasi said...

doa2kan..semoga akan jumpe suami sebegini..insyaallah

Cik Aan Alan said...

bila baca rasa tak sabar nak nikah. hahaha. tapi calonnya ngak ada.

Terowong Informasi said...

calon tu ada...tapi kamu kene carilah..hahah

SiS NaD said...

oK, TeTiBeR aSe TaK SaBaR NaK KaWeN... HuHu!~ (^_____^)V

Rina Rahamat said...

bestlah kalau dpt suami sesweet begini..

Terowong Informasi said...

hheheh...suami rina tak macm ni ke..heheh