Dosa Gugur Jika Suami Dan Isteri Bersalaman - Terowong Informasi

Breaking News

Dosa Gugur Jika Suami Dan Isteri Bersalaman

Gambar dari google..pinjam sat..

Cukup untuk entry panas tadi.
Hackers nak share satu ilmu skit kepada semua orang tak kira dah kawin ataupun belum.
Jadikan ia sebagai panduan hidup orang.
Jom Teruskan membaca artikel ini, ia tak merugikan kamu..

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

4 comments

KatekateKite said...

impian kite yang utama :

nak jadi isteri solehah dan yang sempurna dimata bakal suami dan ibu mertua!

harap sangat sangat impian kite ni termakbul!

terima kasih ats tips yg diberi! =)

Terowong Informasi said...

sama2...hackers doakan katekatekite akan dapat capai impian tersebut

arizWanmerahs said...

Semoga semua umat islam dapat amalkan... Entri yg baik..

NiSha said...

bila baca entri ni bercampur bau rasa.. nak cepat kawin pun ade.. takut nak kawin pun ade.. huhuhhh
tips yg bagus... insyallah akan digunakan kelak..