Fenomena Usop Wilcar Kian Membara - Terowong Informasi

Breaking News

Fenomena Usop Wilcar Kian Membara


" Kite Bakor je umah kak limah tu..
   Kite Bakor je.."




Itulah kata - kata Usop Wilcar dalam sedutan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Filem ini boleh dikatakan paling lawak di Malaysia dan Boxoffice tau.
Sebelum filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini ditayangkan, filem Zombi Kampung Pisang yang keluar dahulu tetapi watak Usop Wilcar masih belum dikenali lagi kerana mungkin masa filem Zombie Kampung Pisang, watak Ucop Wilcar tak banyak sangat dalam filem tersebut.


Apabila muncul Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pula, barulah nama Usop Wilcar naik mendadak dan mencetus satu fenomena baru dalam industri filem Malaysia.
Dalam Filem ini, watak Usop Wilcar sentiasa ada berbanding masa Filem Zombie Kampung Pisang dahulu.
Lihat sahajalah masa Anugerah Bintang Popular 2010 baru - baru ini, lawak jenaka beliau memang mengusik hati walaupun lawak beliau nampak santai.
Apa yang hackers harapkan, sambungan filem Hantu Kak Limah ini akan mengekalkan pelakon tersebut, dan yang paling penting, watak Usop Wilcar terus dikekalkan.