Kereta Bergerak Sendiri Walaupun Enjin Telah Dimatikan?
Jabal Magnet Di Madinah
Hebat.
Itulah Kuasa Allah S.W.T yang kita tak boleh tiru.
Hackers terbaca satu artikel mengenai Bukit Magnet di Indonesia.
Bukan itu sahaja, bukit magnet ini juga terdapat di Madinah, Arab Saudi tau..
Sebelum hackers tunjukkan video tersebut, baca artikel ini dahulu :
BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.
Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.
Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.
Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.
Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.
Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.
Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.
Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.
Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.
Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi
Dahsyat bukan?
Baiklah, hackers akan tunjukkan video dimana berlakunya bas bergerak sendiri dengan kelajuan yang agak tinggi tanpa menghidupkan enjin.
Jom kita lihat..
2 comments
Subhanallah..kuasa tuhan yang Maha kuasa
Allah maha berkuasa di sekelain alam...manusia tak mampu menirunya
Post a Comment