Mandul Akibat Melanggan Pelacur - Terowong Informasi

Breaking News

Mandul Akibat Melanggan Pelacur

 Menyesal...

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

“Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat,” katanya.

Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.

Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.

P/S : Itu baru azab didunia akibat melanggan pelacur. Bila dah kawin jadi macam ini pula...

8 comments

Unknown said...

masyAllah....haish...beringat ye wahai lelaki....

anim harizah said...

kesian....

SiS NaD said...

SaLaM...

PeRGHHHH!~ GaJi DaH SeDaP, TaPi LanGGaN PLaCuR... Kan BaGuS KaLaU KaHWiN Je... IsH3!~ (-_-")

JoM BaCa KNaPa aMiR MaHaRaJa LaWaK MeMaLuKaN SaYa... http://nadiah-muhammad.blogspot.com/2011/04/oh-saya-taknak-jadi-bahan-lagi.html

EkaTikah said...

ishhh...
apew nak jdi la lelaki nie...

Terowong Informasi said...

itulah akibat melanggan pelacur...

Nad said...

simpati kat bini dia

Terowong Informasi said...

cik nad kawinlah dengan dia...

sue perbs.. said...

tula balasan nye.. kuasa Allah... hidup dunia sementara... kat akhirat nanti macam mana la balasan nya