Putus Cinta, Berhenti Sekolah Dan Ibu Bapa, Siapa Perlu Dipersalahkan? - Terowong Informasi

Breaking News

Putus Cinta, Berhenti Sekolah Dan Ibu Bapa, Siapa Perlu Dipersalahkan?


Tajuk hari ini suatu tajuk untuk kita fikirkan bersama.
Apa yang hackers nak kita fikirkan adalah mengenai Putus Cinta, Berhenti Sekolah Dan Ibu Bapa, Siapa Perlu Dipersalahkan?
Selalu kita dengar, orang putus cinta akan merasa malas ketika membuat sesuatu kerja.
Mereka ini akan suka termenung dan akan mengalami kemurungan yang melampau.
Benda ini baru je berlaku di tempat kerja Hackers sebentar tadi.
Seorang gadis berusia 16 tahun mengalami kemurungan sewaktu membuat kerja.
Bila ditanya kenapa tak boleh buat kerja, beliau hanya berkata ' pening kepala '.
Bila diselidik habis, rupanya beliau mempunyai masalah dengan teman lelakinya dan menyebabkan beliau tidak makan sehari sampai menjejaskan kesihatan dan reputasi untuk bekerja.
Pasal cinta, kerja pon terjejas.


Kenapa ye?
Cinta di zaman remaja, ada sesetengah mereka ini terlalu taksub dengan cinta.
Bila frust skit, mulalah mereka ini membuat perkara diluar kawalan antaranya bunuh diri.
Cuba lihat, baru berusia 16 tahun dah bekerja.
Tentu korang tertanya kenapa dia tidak bersekolah bukan.
Inilah perkara yang hackers fikirkan.


Ramai anak gadis kita di luar sana berhenti sekolah semata - mata untuk berseronok atau ikut kawan tanpa memikirkan masa depan mereka sendiri.
Bersosial adalah perkara yang dimainkan diminda mereka.
Tak kira remaja hidup di bandar mahupun di kampung, sama sahaja.
Kenapa ibu bapa mereka tidak mencegah perkara sebegini?
Siapa yang patut dipersalahkan?
Apa kejadah semuanya ini...
Naik hairan hackers dibuatnya.
Jadi, Hackers ingin memberi pesanan kepada semua orang, janganlah merosakkan masa depan anak - anak kamu. Ia akan memalu dan menjadi bualan mulut orang satu hari nanti...

4 comments

rinn kechiik said...

topik yg sellau dibincgkan dan diperbincgkan. ksedaran remja itu sendiri perlu serta pengawasan ibu bapa.

Terowong Informasi said...

jika ibu bapa ambil acuh tak acuh, bagaimana pula?

iffanursima said...

aku pon hampir2 benti sekolah masa form 5 sebab putus cinta.kau tahu???hehe

iffanursima said...

aku pon hampir2 benti sekolah masa form 5 sebab putus cinta.kau tahu???hehe