Lisa Surihani Pilih Yusry? Napa Tak Hackers? - Terowong Informasi

Breaking News

Lisa Surihani Pilih Yusry? Napa Tak Hackers?

Gosip tengah panas mengenai Lisa Surihani dan Yusry KRU.
Hackers dapat info mengatakan mereka hangat bercinta sekarang.
Ha? Napa Lisa tak meminati Hackers?
Hahha...poyo je ayat ni..
Nak tahu gossip mereka yang terbaru?
Baca artikel di bawah ini yang dipetik dari Ohbulan.com :

"Gosip cinta Lisa Surihani & Yusry memang meletup. Ada yang suka, ada yang tidak. Kami pun tumpang gembira walaupun hati agak gundah gulana dek penangan Lisa Surihani yang telah ditawan hatinya oleh Yusry.
Sebuah portal hiburan melaporkan bahawa Yusry sudah pun menemui keluarga Lisa Surihani, dan dia memang inginkan hubungan yang serius. Walau bagaimanapun, Yusry menyatakan hubungannya bersama Lisa Surihani masih di peringkat awal, apatah lagi nak bercerita soal perkahwinan.
Kemesraan Yusry & Lisa Surihani memang bukan dibuat-buat. Kebetulan, kami hadir di sebuah acara yang melibatkan kanak-kanak Down Syndrome. Ketika itu, Lisa Surihani sedang menunaikan tugasnya sebagai hos majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir.


Al-kisahnya, meja kami hanya bersebelahan dengan meja yang diduduki oleh ibu kepada Lisa Surihani & Yusry. Yusry, kami lihat amat peramah melayan ibu kepada Lisa Surihani berbual-bual. Kemungkinan bercerita soal jodoh, kot?
Lisa Surihani pula, kami lihat dia sering merenung tajam Yusry. Malah, adakalanya dia membetulkan rambut Yusry, wah romantik gitu!
Peristiwa tersebut memang terjadi di depan mata kami. Apa pun, kami harap hubungan Yusry & Lisa Surihani sentiasa okay! Ehem, kami harap peminat Lisa Surihani tak meroyan"

Oh tidak.. Ini buat Hackers cemburu..
Hackers peminat Lisa Suruhani tau..
Hackers memang dah kawin tetapi minat sahaja tak salah kan..heheh..

P/S : Kene piat jugak telanga hackers nanti dengan orang umah..adeh...

9 comments

BeloG MTT said...

sila jaga jaga statement anda sebelum anda jadi tak ketahuan hala nanti bila wife dpt taw.Haha

Izwa Kamaruddin said...

suka!!!sgt sesuai dua org ni :)

Terowong Informasi said...

hahahah...tatot2...

Hanim Mahali said...

ahaha... statement last tu hati2... tak pepasal telinga merah sebelah kena piat... LOL

K said...

hahaha,kang ada yang majuk tak masak seminggu XD

Firdaus Life said...

haha ape yg nak cemburu bro.. lepas farid kamil, yusry pulak. lepas ni berapa orang lagi tak tahu..

Terowong Informasi said...

LEPAS YUSRY HACKERS LA..HAHAHA

ishiko said...

tensen abes peminat lisa surihani..

Terowong Informasi said...

mmg tension beb