Orang Amerika Mengaku Kebenaran Islam
Selama 30 hari , seorang lelaki dari AS dan bukan Islam telah tinggal bersama sebuah keluarga Muslim dan jugatelah ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian berjubah panjang seperti yang dipakai oleh orang-orang Arab.
Salah satu misinya adalah mengenali kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh orang lain di AS.
Singkat kata, dia ingin merasakan pengalaman bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang di dihina hanya sebab janggut dan baju berjubah, padahal semua tuduhan itu sama sekali tiada bukti.
Ia telah mengelilingi bandarnya dengan penampilan seperti itu, dan respon yang diberikan orang-orang awam terhadapnya sangat menyakitkan.
Majoriti warga AS yang diajaknya berbincang secara terang-terangan menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin betul semua Muslim adalah pengganas.
30 hari telah dihabiskannya bersama satu keluarga Muslim benar-benar menunjukkan perkara sebaliknya.
Ia merasa bahawa keluarga itu sangat harmonis, dan banyak perkara yang tidak dipahaminya, namun ia mengaku banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam.
Salah satu plot yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk bersama isteri tuan rumah berdua di ruang tamu.
Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam dijelaskan bahawa ketika dua orang lawan jenis yang bukan muhrim dan bukan suami isteri berada dalam satu ruangan, maka akan ada pihak ketiga bersama mereka, iaitu syaitan.
Hal pertama yang dipikirkan oleh lelaki bukan Muslim tersebut adalah bahawa prinsip ini benar-benar gila.
Tapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio waktu itu, akhirnya ia mengakui bahawa prinsip hubungan antara lawan jenis dalam Islam seperti demikian itu sepertinya boleh menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan di AS yang terlalu sosial.
Pencabulan, perzinaan, penyebaran HIV / AIDS boleh dicegah dengan cara ini, dan lebih efektif daripada cara apa pun.
Siapa menyangka seorang bukan Muslim dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan kamera secara langsung.
Maka sekarang jelaslah tugas kita semua.
Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan keteladanan yang baik.... akan menghancurkan semua tuduhan yang salah.
6 comments
Tiada Tuhan yg di sembah selian Allah.... dunia tahu kebenaranya tapi tak boleh terima hakikat...
betul tu bro..wa simpati kat lu...le kene tindas aje...
teringat lagu lama masa aku belajar di sekolah madrasah dulu2,.
'' islam yang telah berkembang
laksana bunga yang indah, yang berkembang mekar harum mewangi,
tumbuhnya memenuhi bumi''
jom jengah2 blog saya dah design baru dengan flash header,..
Islam itu indah... :)
moga dia diberikan hidayah! dan seterusnya dapat bukak mata lebih ramai orang Amerika!
moga2 mcm tu...
Post a Comment