Ramai Tak Tahu Adab Ke Masjid? - Terowong Informasi

Breaking News

Ramai Tak Tahu Adab Ke Masjid?

Masjid adalah tempat umat islam beribadat.
Selain dari itu, masjid boleh juga dijadikan tempat berkumpul untuk mendengar ceramah agama dan majlis akad nikah. Di musim cuti sekolah ini, sudah tentunya ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Tok kadi sudah tentunya sibuk untuk menikahkan orang dan masjid tentunya full.
Nikah di masjid itu bagus dan afdhal tetapi ada yang tak tahu tatatertib masuk ke masjid.
Hackers selaku penjaga masjid di Masjid Jamek Pasir Gudang terkejut dengan situasi ini.


Walaupun hackers sekadar part time pada sabtu dan ahad di Masjid itu, hackers nampak masyarakat kita ini yang berbangsa melayu tak tahu abad ke masjid bagaimana sebenarnya.
Mungkin mereka ini tak pernah ke masjid kot.
Kalau tak pernah pergi pun sekalipun, xkan la tak tahu adab ke masjid.
Contoh kesalahan ketika masuk ke masjid di mata kasar hackers adalah :
  1. Memasuki ke masjid dengan kasut
  2. Makan di dalam dewan masjid.
  3. Tidak memakai tudung ketika masjid.
  4. Tidak suci ketika masuk ke masjid (datang bulan)
  5. Rambut diwarnakan selain hitam
  6. Membawa anak - anak kecil dan membiarkan mereka berlari - lari dan membuat kotor.
Itu adalah kesalahan pada mata kasar hackers.
Penah sekali hackers menegur seorang gadis, muka memang cun.
Dengan selamber dia masuk masjid dengan menggunakan kasut tanpa segan silu.
Hackers pun menegur :


"Assalammualaikum Dik...kasut letak kat luar boleh tak?" Kata Hackers
"Ye ker bang kene letak di luar?" Kata gadis itu.
"Yelah dik..dah terpampang signboard tu kata  "Sila tanggalkan kasut anda diluar"." kata Hackers


Barulah sibuk nak bukak kasut dan letak diluar...
Hackers terfikir, mereka ini tak faham ke apa yang dinyatakan di signboard itu atau buat - buat tak faham?
Hairan hackers melihat karenah orang kita sendiri ini.
Orang beragama lain pon jaga kebersihan tempat beribadat mereka.
Apa yang hackers harapkan kepada ibu bapa dan semua pembaca blog hackers ini, tahu bagaimana kita perlu menjaga adab ketika di masjid ini. Islam mengamalkan hidup yang bersih dan berdisiplin.

6 comments

Firdaus Life said...

masuk masjid berkasut dan makan dalam masjid ? gile melampau..

Mengenai Mata Wanita

Terowong Informasi said...

ia reality bro...

aizamia3 said...

takkan tak pernah ke masjid walaupun sekali.. agaknya dia takut kasut dia dicuri dek orang kut..

Terowong Informasi said...

tak ada nak curinya..yang penting adab kan..kan Rumah ALLAH itu..btl x?

Jujurara said...

huhu.
biasa la.
manusia macam2 ragam.
kadang2 daa besar terpampang depan mata peraturan di patut di patuhi tapi tak buat pun..

msjd pasir gudang???dekat ngan poli sy tuh..ngee..

Terowong Informasi said...

ha..budak poli ker?
aisey men...mesti pernah nampak hackers ni kat kota masai..hahaha