Remaja Buat Motosikal Tranformers? Kreatif... - Terowong Informasi

Breaking News

Remaja Buat Motosikal Tranformers? Kreatif...

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.

Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.



Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.

5 comments

Bobo said...

terbaik laa..dunia dah maju,,orang pon maju dgn idea2 kreatif..:)

Terowong Informasi said...

haha..budak malaysia pon maju gak..org jepun pon le terkejut

Unknown said...

tapi apa kaitan dengan kesesakan lalu lintas? kalau moto tu transform pun,kena lalu kat atas jalan jugak..huhu

Terowong Informasi said...

maybe boleh dibawa cara lain kot

Unknown said...

ada video cara penggunaan dia tak..? nampak gempak woo.. hehe^_^