Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia..Al-Fatihah - Terowong Informasi

Breaking News

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia..Al-Fatihah

Seorang demi seorang artis veteren meninggal dunia.
Hackers dapat tahu adalah Seniwati Mahyon Ismail iaitu ibu kepada Faizal Hussein.
Walaupun berita ini lewat, tak salah hackers memberitahu kepada yang tak tahu.
Beliau menghembus nafas kali terakhir pada jam 1 tengah hari pada 21/5/2011 baru - baru ini.
Jom ikuti berita yang dipetik dari Ohbulan.com.


Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, juga ibu kepada pelakon Faizal Hussein telah kembali ke rahmatullah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari  di Hospital Ampang Puteri.
Laporan Mstar ada menyebut, cucunya Ayang Hussein berkata bahawa arwah telah dihantar ke klinik ekoran demam panas & batuk. Namun, doktor disyaki telah memberikan ubat yang tidak bersesuaian sehingga sistem imunisasi arwah gagal berfungsi.
Ayang Hussein & ibunya kemudian menghantar arwah ke hospital & dimasukkan ke ICU setelah koma pada pukul 10 malam . Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota selepas waktu Asar.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Mahyon Ismail. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

No comments