Jambatan Terpanjang Dunia Di Buka
BEIJING - China pada Khamis mula membuka jambatan merentasi laut yang terpanjang di dunia.
Jambatan Jiaozhou Bay sepanjang 42 kilometer menghubungkan bandar pelabuhan Qingdao di bahagian timur China dengan pulau Huangdao.
Stesen televisyen tempatan, CCTV berkata binaan yang mempunyai lebar seluas 35 meter itu merupakan jambatan yang terpanjang di dunia dan menelan belanja lebih daripada RM4.5 bilion untuk dibina.
CCTV melaporkan jambatan tersebut dan satu terowong dalam laut lulus pemeriksaan pada Isnin dan dibuka untuk digunakan pada Khamis.
Jambatan yang mempunyai 5,000 batang tiang itu mengambil masa empat tahun untuk siap dibina.
Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang di dunia sebelum ini adalah milik jambatan Lake Pontchartrain Causeway di Louisiana, Amerika Syarikat (AS).
Namun jambatan Jiaozhou Bay yang didirikan China adalah 4 kilometer lebih panjang daripada jambatan di AS itu. -AP

7 comments
kalah jambatan pulau pinang..haha
Ni kalau excident ni berapa lama mau tunggu trak tunda. Haha.
42 kilometer.??
wahh... panjang betul jambatan ni.. patutla ambil masa sampai 4 tahun baru siap...
42 kilometer ? mau 40 minit jugak duk atas jambatan tu
cam seram lak nak jln kt situ (^_^)
bayangkan kalau ujan lebat...kat tengah laut tu..confirm xnampak jalan
perghh..ngeri btul kalo rosak tgh mlm kat stu..hukhukhuk...
Post a Comment