Kerana Perempuan, Lelaki Boleh Berubah? - Terowong Informasi

Breaking News

Kerana Perempuan, Lelaki Boleh Berubah?


Di dunia ini, kita dijadikan berlainan jantina sama ada lelaki dan perempuan.
Jika lelaki dan perempuan ada di dunia ini, ikatan perkahwinan semestinya ada.
Pagi ini, Hackers nak bincang mengenai Kerana Perempuan, Lelaki Boleh Berubah?
Adakah ia benar atau propa sahaja?
Bagi Hackers, ia ada benarnya.
Kawan sekerja Hackers menerima tamparan sebegini dalam hidup beliau.
Apa yang menyentuh hati Hackers adalah suami beliau berubah hati kepada perempuan lain.
Perempuan lain yang dimaksudkan itu bukannya anak dara malah Janda beranak satu.
Apa istimewanya perempuan itu?


Anak sendiri dan isteri terabai malah nafkah tak bagi kerana perempuan durjana tersebut.
Hackers sendiri tak faham dan rasa malu dengan sikap lelaki sebegini.
Ia boleh menjatuhkan maruah lelaki sendiri.
Macam mana tak wujudnya lesbian atau pengkid jika lelaki bersikap acuh tak acuh atau tidak bertanggungjawab? Betul tak?


Penceraian adalah satu perkara sangat Hackers benci malah dilaknat oleh Allah S.W.T kerana ia boleh menyusahkan anak anda sendiri. Penceraian bukan satu jalan penyelesaian yang bagus tetapi jika ia diperlukan ia adalah wajar.
Jangan jadikan ikatan perkahwinan sekadar untuk nafsu seks sahaja tetapi tanggungjawab diabaikan.
Jika kamu ingin berkahwin hanya untuk kepuasan seks kamu sahaja, korang pasti akan merasa kesusahan hidup dan tidak bahagia dalam rumah tangga.


Jika kamu berkahwin untuk mengembangkan zuriat kamu dan ingin bahagia dengan pasangan kamu, teruskan niat tersebut. Banyak kebaikkan dalam perkahwinan ini yang belum kamu terokai.
Pada pendapat kamu, adakah benar Kerana Perempuan, Lelaki Boleh Berubah?
Hackers ingin pendapat terbuka dari kamu semua.

3 comments

Fyqa said...

tkotnye klo bnda yg xbaik jdi kt dri sndri

hmmm

Zuha said...

Nice post!!

menarik...aku suke!! hahakz...

ada masa singgah la

http://mat-jungle.blogspot.com/

aku dh follow blog kamu..

Izwa Kamaruddin said...

sgt setuju dgn kenyataan ni...& sgt setuju dgn penceraian yg menyebabkan kesusahan ke atas anaka-anak..

akak dh rase kesan penceraian itu...sebab akak hidup dlm keluarga yg pecah belah kerana org lain...