Minat Kaum Sejenis Makin Diminati?
Lelaki dengan lelaki digelar gay dan perempuan dengan perempuan digelar lesbian.
Perkara biasa kita dengar kan?
Macam sinonim dengan masyarakat kita sekarang ini malah dijadikan sebagai trend.
Tadi Hackers terbaca satu artikel mengenai laman web sosial untuk golongan pengkid atau lesbian.
Mereka mendapat hits tinggi dan pengikut yang ramai di Malaysia.
Suatu perkara yang cukup memeranjatkan.
Nak bagitahu websitenya hackers tak nak bagi tahu.
Searchlah sendiri di carian google.
Ikuti cerita mereka yang bergelar lesbian ini :
Susah nak diperjelaskan isu ini.
Jadi yang penting, kekuatan iman dan akhlak yang tinggi perlu diserapkan.
Jika iman dan akhlak tiada, jalan ke neraka jawabnya.
Perkara biasa kita dengar kan?
Macam sinonim dengan masyarakat kita sekarang ini malah dijadikan sebagai trend.
Tadi Hackers terbaca satu artikel mengenai laman web sosial untuk golongan pengkid atau lesbian.
Mereka mendapat hits tinggi dan pengikut yang ramai di Malaysia.
Suatu perkara yang cukup memeranjatkan.
Nak bagitahu websitenya hackers tak nak bagi tahu.
Searchlah sendiri di carian google.
Ikuti cerita mereka yang bergelar lesbian ini :
"BAGI Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki.Kebanyakan mereka ini asalnya seorang wanita yang normal tetapi akibat teman lelaki yang bermasalah, ia menjadi sebegini. Nak salahkan lelaki tak boleh juga tetapi...
Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.
Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.
“Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.
“Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.
“Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai,” katanya.
Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis.
Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.
“Diam-diam, kami mula menjadi akrab dan kemudian menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Sejak itu, saya mula gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Tidak ada lelaki yang dapat memahami perasaan wanita. Kami mahukan belaian yang lembut dan romantik tetapi kebanyakan lelaki lebih kasar dan sentiasa mengambil ringan mengenai sesuatu perkara.
“Lagipun, jika saya menjadi lesbian, saya boleh merasa ‘nikmat’ bersama gadis lesbian atau pengkid. Malah, saya juga boleh mempunyai teman lelaki.
“Terus terang, laman web seperti ini memberi peluang kepada golongan seperti kami berjumpa antara satu sama lain dan berkenalan. Malah, sepanjang tiga tahun mengikuti laman web berkenaan, saya sudah menemui ramai kenalan lesbian dan ada antaranya pernah menjadi kekasih,” katanya.
Bagi Shima, tidak salah menjadi pengkid dan lesbian kerana ia membabitkan perasaan dan hati seseorang itu.
“Lagipun, jangan pandang golongan seperti kami ini sebelah mata. Rata-ratanya, lesbian dan pengkid mempunyai pendidikan tinggi dan kerjaya yang hebat.
“Mungkin juga disebabkan perkara ini, saya lebih cenderung memilih wanita sebagai teman kerana tidak mahu menerima pelbagai tekanan lain. Buat buat masa ini saya lebih gemar bersama ‘teman wanita’ berbanding lelaki. Tengoklah nanti jika saya bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami hati dan perasaan saya, baru saya akan berubah kembali,” katanya."
Susah nak diperjelaskan isu ini.
Jadi yang penting, kekuatan iman dan akhlak yang tinggi perlu diserapkan.
Jika iman dan akhlak tiada, jalan ke neraka jawabnya.
5 comments
Dulu aku minat satu awek ni. Tapi dia minat awek lain. Hampa giler. Hahaha.
dunia dh nak kiamat... :(
ade ape dgn kerjaye yg hebad kalau iman x sehebad kerjaya ?
laki dgn laki nak wat ape? lawan pedang??
lawan pedang..haha
Post a Comment