Seks Bebas, Dadah Dan Arak Kegemaranku?
Semalam, Hackers ngah syok layan Facebook sebab berbincang dengan group Johor Blogger pasal Mini Gathering, kawan hackers call hackers..
"Bro..Jom lepak2 luar..."
Hackers pon layankan jelah. Tetiba kawan hackers ajak karok sekejap untuk ilang tension.
Dah lama tak karok, layan jelah..hehe..
Ngah syok layan karok sehingga lagu terakhir, tetiba ada budak masuk kat bilik karok hackers.
Siapa plak ni, tetiba terjah aje..
La..kawan kepada kawan hackers rupanya.
Abis karok, hackers lepak luar kejap dan kawan hackers ni borak dengan budak yang masuk bilik karok hackers itu merupakan Ex-Gf dia.
Borak punya borak, hackers terdengar satu ayat ,
"Aku hari tu blanja member aku minum 3 bucket..mabok diorang aku buat" Kata Gadis itu
Hackers mula terfikir, baru berusia 18 tahun dah rosak macam ini.
Lepas kawan hackers keluar dari tempat tu, kawan hackers kata begini :
"Rosak betul ex gf aku sekarang,nasib baik aku dah putus dengan dia" Kata Kawan hackers.
Hackers apa lagi, jadi wartawan la nak tahu sedikit mengenai remaja sekarang.
Hackers dimaklumkan, ex gf dia itu dah semakin teruk.
Kerja kat pub area JB plak tu.
Dadah, seks bebas dan arak mainan mereka.
Pernah sekali, gadis tersebut masuk hospital kene oprate sebab usus dalam pecah akibat dadah.
Mujur tak mati..Kalau mati, xsempat taubat..neraka jawabnya.(tapi memang kesitu pun)
Kawan hackers kata, ex-gf dia kata kalau nak main dengan dia, call dia aje.
Member aku semua dah test aku tau.
Boyfriend dia tak kisah dan gadis tersebut kata, mereka sehidup semati.
Mak ai..mudahnya percaya dengan lelaki sebegitu dan murahnya maruah mereka.
Kesimpulan mengenai cerita ini?
Remaja sekarang semakin berani mencuba benda baru. Dari analisis pemerhatian hackers, kawan adalah penyumbang gejala sosial ini. Dahulu dari tak merokok boleh ke merokok kemudian mencuba dadah dan arak.
Ibu bapa juga terlalu manjakan anak dan tidak mengawasi aktiviti anak mereka. Ini juga penyebabnya.
Hackers terfikir, apa akan jadi mereka di masa akan datang?
Ada ker orang nak terima gadis sebegini?
Erm..pendapat korang mengenai cerita ini?
6 comments
Kan Allah jadikan berpasang-pasangan. Kedua, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Mesti ada jantan keparat yang nak kat pomppuan mcm ni.
pengaruh kawan tak dinafikan memang besar, dengan tiada pemantauan daripada ibu bapa.
memang syok lah diorang.
masa remaja ni lah yang kena jaga betul-betul.
=)
zaman remaja ini memang mencabar kan..nasib baik hackers dah lepas
nyum2!!!
hrmmm.... ape nk jd laa bdak2 zmn skarang... =,="
tula..susah nak ckp
Post a Comment