Trailer Filem Azura Yang Di Bintang Oleh Shahz Jaszle & Neelofa? - Terowong Informasi

Breaking News

Trailer Filem Azura Yang Di Bintang Oleh Shahz Jaszle & Neelofa?


Filem melayu yang akan ditunggu - tunggu oleh peminat iaitu filem Azura yang telah memberi nafas baru.
Sebelum ini, filem azura dilakonkan oleh Jamal Abdillah & Ogy Ahmad Daud sekitar 27 tahun lalu tetapi pengarah filem ini buat kelainan.


Filem ini pernah menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon popular selepas memenangi Bintang RTM beberapa tahun sebelum itu. Watak heroin yang didokong oleh Ogy Ahmad Daud meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton & ia pernah mencatatkan sejarah sebagai filem Melayu Malaysia pertama yang mencapai pungutan box-office.
Wow..pertama kali tu.

Memang aura filem ini kuat belaka kan?
Filem Azura ini terbitan produksi Ace Motion ini menerima arahan pengarah berbakat iaitu Aziz M Osman, akan mula ditayangkan pada tahun 2012. Azura membariskan pelakon baru Shahz Jaszle & Neelofa. Menarik sekali, pelakon veteran Farouk Hussein jua berlakon!!
Lagu tema pada filem ini dikatakan menggunakan lagu yang sama seperti dahulu
Jom layan trailer Filem Azura yang bakal ditayangkan pada 2012 nanti.




Sinopsis Filem Azura

Versi baru Azura 2011, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran. Kalau siapa pernah tengok filem Azura 1984 dulu, masa tu saya kecik lagi hehe.. Zack kahwin dengan Azura tapi tak direstui oleh bapa Zack, depa berdua duk rumah sewa kecil dan Zack kerja di stesen minyak dan kerja buruh kasar je. Azura pulak kerja di kedai butik. Tapi dalam versi 2011, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura.

6 comments

Izwa Kamaruddin said...

x minat nk tgk citer mcm nie..huhu..

Terowong Informasi said...

aik..nape?

Firdaus Life said...

haa aku x suke tgk citer ceni.. suke action lg.. anyway thanx info ni

Hafiz Ghani said...

jiwang x cite ni agak2

aizamia3 said...

cite azura yang versi asal best.. tapi hero yang baru ni comel.. hikhikhik..

Terowong Informasi said...

hero comel tpi penuh kontroversi..