Besarnya Kaum Ad Ini
Sungguh menakjubkan!!!
Korang tahu mengenai Kaum Ad yang hidup sezaman dengan Nabi Hud Alaihissalam?
Jika korang ingat tak ingat, kaum Ad ni merupakan manusia yang sangat kuat dan berkuasa kerana mereka memiliki badan sangat kuat dan tinggi orangnya.
Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dpt memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Karenanya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.
Kaum Aad bertanya kepada Nabi Hud:"Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dpt kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."
Akibat dari itu, Allah S.W.T telah menurunkan dua azab kepada kaum Ad ini.
Azab pertama yang Allah S.W.T turunkan adalah cuaca sangat panas sehingga tanaman yang mereka tanam itu mati dan kekeringan. Azab kedua pula iaitu azab terakhir adalah segumpalan awan tebal yang bukannya nak hujan tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merusakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah " Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.
Inilah kisahnya mengenai kaum Ad secara ringkasnya.
Diharap, pembaca blog ini mendapat informasi yang berguna.
9 comments
tenx 4 de sharing ,:)
besarkan,, kepala mereka je da nak same dengan size badan manusia skarang,,
INI KISAH MISU2 DAN SI GEDEK
DOORGIFT comel sesuai tuk majlis istimewa anda,,^_^
tau xpe..kalau dia genggam kita, mati terus
ya allah..besar nyer kuasa allah...meremang bulu roma tgk gmbr ni..
bayangkan betapa besarnya ciptaan Allah ini
besarnya kan....
besoooo
besarnya mereka pada zaman itu kalau nak dibandingkan dengan kita sekarang ni..
mmg dah dinyatakan dalam Al-quran bahawa kaum di zaman nabi hud besar dan tinggi belaka
Wah, besarnya., agaknya tinggi mcm pkok kelapa kot.
Post a Comment