Bila Isteri Jadi Ketua Keluarga
Perkahwinan adalah lumrah hidup manusia.
Bila sudah berkahwin, suami akan menjadi ketua keluarga dan membimbing keluarga tersebut.
Tapi, cuba perkara ini diterbalikkan. Isteri jadi ketua keluarga.
Pernah dengar?
Hackers pasti, ianya ada malah ia berlaku pada rakan Hackers sendiri.
Senang cerita, "queen control" lah maksudnya.
Beberapa faktor perkara ini berlaku yang Hackers kenal pasti adalah :
- Isteri garang dan keras kepala.
- Gaji isteri lebih besar dari si suami.
- Pangkat dan darjat.
- Tak suka menerima pendapat orang lain.
Tak silap Hackers, Hackers pernah postkan entry ini sebelum ini tetapi yang ini lain sedikit.
Kenapa perkara ini berlaku?
Adalah si suami ini telah "dibodohkan" begitu sahaja?
Ini sebabnya :
- Si suami pendiam dan berlembut hati.
- Sifat penyabarnya yang kuat.
- Tak suka bergaduh dan menimbulkan masalah.
- Takut ditinggalkan isteri.
- Suami tak mampu mewahkan isteri.
Kenapa?
Kerana diperlakukan begitu tanpa fikirkan perasaan pasangan.
Bagaimana nak mengelakkan perkara ini berlaku?
Ia senang sahaja, begini caranya :
- Bertolak ansur antara satu sama lain.
- Memahami perasaan pasangan.
- Bila seseorang marah, jangan membakar marah beliau itu malah redakan lagi api kemarahan beliau itu.
- Berbincang cara baik. Ini adalah cara yang terbaik. Penceraian bukan jalan penyelesaian.
- Berjumpa dengan kaunselor rumah tangga dan bercerita mengenai masalah yang berlaku.
- Memahami kehendak pasangan.
- Jangan anggap diri anda sempurna tanpa membuat satu kesalahan, malah akuinya sendiri anda ada kelemahannya.
Diharap, para isteri dan suami yang membaca ini dapat menjadi sumber informasi kepada anda semua.
Perkahwinan itu indah bukan satu malapetaka...
No comments
Post a Comment