Cadangan Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir? - Terowong Informasi

Breaking News

Cadangan Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir?

Salam 1 Malaysia.
Hari ini Hackers terdengar mengenai cadangan JPJ Malaysia untuk membuat perubahan tarikh mati lesen pemandu sama seperti tarikh lahir pemandu tersebut. Bagi sesetengah orang ia bagus kerana dapat mengikatkan kita tetapi ada kelemahannya nanti.
Bagi Hackers, Hackers setuju JIKA lesen tersebut dapat dihidupkan sehingga 5 tahun tetapi masih menggunakan tarikh lahir tersebut. Jika tiap - tiap tahun nak hidupkan pastinya akan menyusahkan orang lain malah kepada pagawai JPJ sendiri yang bekerja di kaunter nanti.

Malaysia mempunyai penduduk yang ramai.
Cuba bayangkan jika orang itu lahir pada 1 Januari, berapa ramai jumlah rakyat Malaysia yang lahir pada tarikh tersebut. Pastinya sistem akan tergendala pada waktu itu.
Apa cadangan hackers adalah :
  • Buat satu SMS alert atau surat kepada pemilik lesen yang akan mati seminggu lebih awal.
  • Buat satu sticker seperti sticker servis kenderaan yang menunjukkan tarikh akhir lesen tersebut.
  • Lesen mati ikut tarikh lahir ok tetapi ia mesti boleh dihidupkan selama 5 tahun. Cth : 1/7/2011 ~ 1/7/2014.
Itu cadangan Hackers.
Mungkin ada cadangan yang bernas yang lain dari korang.
Kita kalau boleh tak nak menyusahkan orang ramai malah nak memudahkan lagi adalah.
Kalau korang ada idea yang baik, apa kata kita share.
Sharing is caring kan kan....

3 comments

syadayah said...

setuju. senang sikit nak ingat nanti. nak hidupkan lesen. takde la asyik lupa je bila tarikh nak kena renew lesen.

Terowong Informasi said...

bgs kan idea ini

Izwa Kamaruddin said...

sgt setuju..