Doa Blogger Jejariruncing Buat Kekasih... - Terowong Informasi

Breaking News

Doa Blogger Jejariruncing Buat Kekasih...

Semalam Hackers ada menceritakan mengenai hubungan bermasalah antara penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi dan tunangnya iaitu elia. Hackers baru sahaja terjah blog beliau dan mendapati beliau membuat entri mengenai doa beliau terhadap kekasihnya.
Berikut adalah doa yang ditaip olehnya :


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
                                                                            Kredit To : jejariruncing.blogspot.com

Hackers harap, hubungan mereka pulih seperti biasa.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Insyaallah...

7 comments

ftdanisha said...

cam penah dengar doa tu..
rs cm baru je tengok gmbor tunang dorang..meriah
ni baru tunang..banyak dugaan belum di alam perkahwinan..
hope biar clear skrg dr kmudian..kang cm Jimmy ng wife..sian kt anak je

meow said...

sian kat tunang dia.. klu waktu tunang dh diperlakukan mcm tuh, apatah lagi bila dh kawin.. atleast elia bole btindak awl sblum kena lbh teruk dr tuh.. huhu wish her happy with someone better...

Terowong Informasi said...

ini semua dugaan semasa bertunang..Hackers pernah alami perkara tersebut. Yang penting kita sentiasa bersabar dan bertolak ansur dalam masalah ini.. Jangan sedikit masalah, punah segalanya

Mekz's! said...

insyaAllah..nak amal lah doa ni! hihi ;p

nurshaf said...

serah pada Allah je lah

Terowong Informasi said...

Kita menrancang, Allah sahaja yang tentukan

ct N honey said...

hrp2 cerita mengenai apek tu gossip aje..rasanya kita belum dengar dari pihak apek pula apa komen dia