Hackers Tak Kenal Jenama Adidas Dahulu. - Terowong Informasi

Breaking News

Hackers Tak Kenal Jenama Adidas Dahulu.

Teringat pulak pada zaman kecil dahulu.
Dulu masa tinggal bersama Arwah Abah, banyak kenangan dengan beliau.
Bila time nak raya, pastinya nak beli pakaian baru untuk dipakai.
Maklumlah, Hackers seorang aje yang masih kecil.(anak manja).
Minta itu ini, semuanya dapat.
Kalau nak beli baju, kene pergi kat Pantai (nama kedai) yang berhampiran dengan Plaza Kotaraya, Johor Bahru.


Jenama baju yang ada kat situ adalah Bonjour.
Buatan Perenchis ker?hahahaa
Kalau jenama Kiki Lala mahal tu...
Entah, jenama apa Hackers pon tak tahu.
Selepas kakak Hackers berkahwin, abang ipar Hackers yang kenalkan jenama terkenal antaranya Adidas, Nike, Reebokk dan sebagainya sebab dia kaki sukan terutamanya bola sepak. Masa itu Hackers baru berusia 10 tahun. Dengar jenama Adidas pon tak pernah dengar (tak ambil tahu kot).


Tapi nak beli mahal pula. Dulu mana ada barang tiruan berbanding sekarang ini.
Dulu baju sebegitu dalam RM50 ke atas. Mahal tau masa era tahun 1996 pada masa itu.
RM100 kita boleh beli barang satu troli tetapi sekarang?


Jika nak dibandingkan budak sekarang, betapa untungnya mereka hari ini.
Pakaian mereka dah berjenama, tak kira ia ori atau tiruan, dapat juga pakai.
Kehidupan mereka lebih selesa berbanding zaman Hackers dahulu.
Tapi ia satu pengalaman hidup yang bermakna bagi hackers dan dapat belajar erti sebuah kehidupan yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup hackers.

4 comments

ezza haniza said...

adibas tahu la! hahaha

Terowong Informasi said...

hahaha..ada kan jenama adibas...

Izwa Kamaruddin said...

hahahaa...zaman dulu pakai bata jek :)

Terowong Informasi said...

pakai bata kira kaya lagi tu,,,