Jersey Bola Sepak Malaysia Mula Diminati - Terowong Informasi

Breaking News

Jersey Bola Sepak Malaysia Mula Diminati

Sejak Malaysia menjuarai Piala AFF di Jakarta tahun lalu, Hackers banyak melihat perubahan mentality peminat bola sepak di Malaysia. Dulu kita jarang melihat orang ramai pergi bersiar memakai Jersey Kebangsaan Malaysia. Mungkin design dulu tak cantik kot.
Tapi sekarang, semakin ramai memakainya.
Skuad bola sepak Malaysia sudah mencapai revolusi yang membanggakan sekarang.
Dulu orang suka mengkritik tetapi sekarang, orang iri hati.
Betul tak?
Sebelum ini kita melihat aksi pemain Malaysia boleh datangkan sakit jantung tetapi sekarang tak lagi.
Macam inilah minat kesukanan yang ditunjukkan pemain muda Malaysia sekarang.
Jangan dok sibuk nak bergelar "star" tetapi main macam hampeh .
Yang penting maruah bola sepak negara perlu dikembalikan.
Jadikan pemain lagenda kita, Arwahyarham Mokhtar Dahari sebagai icon pemain bola sepak kita.
Jika ia disemat, pasti semangat pasti ada.




Lihat pemain muda kita seperti Safiq Rahim, dulu orang tak kenal siapa beliau.
Dengan berkat kesungguhan, skil dan minat mendalam dalam bola sepak membawa nama beliau di pentas antarabangsa. Hackers boleh menggelarkan beliau sebagai "David Beckham Malaysia" kerana sepakkan percuma beliau amat berbisa.



Manakala penyerang sensari negara, Safee Sali juga sudah ada nama di pentas Asia sekarang.
Nama beliau kerap disebut kerana bisa penyudah beliau amat merbahaya.
Bayangkan kelab luar negara tagih dengan sentuhan beliau itu.
Satu lagi pemain yang kita nampak yang sedang meningkat naik, Mohd Amirulhadi Zainal seorang pemain yang rajin dan mempunyai skil tersendiri. Hackers suka melihat cara permainan beliau dan kerap memberi hantaran yang cukup baik.
Oklah, ramai lagi pemain berbakat dalam skuad ini, cuma hackers tak sempat nak mengarangnya..
Ada keje ni, nanti ada masa update pasal informasi ye..

3 comments

ericoanaci said...

AK PUN MINAT BJ NI.. NICE.. TP AKU SUKA JERSI COLOR BIRU.. SUSAH TUL NAK CARI...

sue perbs.. said...

rase mmcm nk beli jugak jersi malaysia

Unknown said...

duk nak beli jersi msia.smpai sekarang ta beli2 lagi..hihu