Pelakon Harry Potter dulu gemuk, kini jadi kacak - Terowong Informasi

Breaking News

Pelakon Harry Potter dulu gemuk, kini jadi kacak


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Matthew Lewis yang popular menerusi watak seorang pelajar gemuk dalam filem pertama Harry Potter mengejutkan ramai peminatnya apabila menjadi seorang pemuda kacak setelah dewasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone yang ditayangkan pada 2001, Lewis melakonkan watak pelajar sekolah sihir Hogwarts, Neville Longbottom ketika dia berusia 11 tahun.
Perubahan fizikal yang dialami Lewis menyebabkan para peminat filem itu terkejut dengan penampilan aktor tersebut semasa dia menghadiri tayangan perdana filem terakhir Harry Potter: Harry Potter And The Deathly Hallows (Bahagian Kedua) di sini pada minggu lalu. Susuk tubuh dan wajah pelakon tersebut banyak berubah selepas sedekad dia berlakon dalam siri filem berkenaan yang mengisahkan pengembaraan seorang ahli sihir remaja, Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe menentang kuasa jahat Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes. 
Semasa melakonkan watak Neville dalam lapan filem Harry Potter, Lewis memakai gigi palsu berwarna kuning, kasut besar dan telinga palsu supaya organ tersebut kelihatan lebih panjang. Dalam satu wawancara baru-baru ini, Lewis secara berjenaka mengaku bahawa wanita lebih menakutkan berbanding ahli sihir jahat Lord Voldermordt yang menjadi musuh ketat Harry Potter



12 comments

Izwa Kamaruddin said...

hensem hensem hensem...:)

Terowong Informasi said...

hehe..hensem ke..Hackers lagi hensem..hahha

Munn Jaafar said...

waaa smart gak eh....

Terowong Informasi said...

biasalah..dah jadi artis..kenelah smart..macam aizat dulu..dulu gemuk kini kurus

Nabila Wahab said...

ensem..
tp ape2 pn rupert grint lg ensem.. hehe

Terowong Informasi said...

eleh..

Nur Syazana Mohammed Sani said...

waaaa ,. hensem ,. hidong da jadi mancong cikit :D

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/thats-ur-own-way.html

Mr feckry said...

baru balik dari true fitness le tu

Unknown said...

wahhh..
dah ensem eh..
hehehe..

ericoanaci said...

iar betul...

Ryan Ervan said...

hari tuh ada baca news nih~ mmg terkezut haha..

Terowong Informasi said...

hahah..hackers pon..nak jadi mcm dia le x ye