Sesetengah Rakyat Singapura Bangga Dengan Pemain Import Mereka? - Terowong Informasi

Breaking News

Sesetengah Rakyat Singapura Bangga Dengan Pemain Import Mereka?


Kehangatan bola sepak Malaysia semakin menjadi - jadi Hackers lihat.
Selepas kekalahan pusingan pertama Malaysia ke atas Singapura 3 - 5 di stadium Jalan Besar untuk kelayakkan Piala Dunia Zon Asia semakin memuncak.
Pusingan kedua ini pastinya akan melihat bahang sukan negara kerana perlawanan bola sepak ini akan berlangsung malam esok di Stadium Bukit Jalil.
Hackers terbaca satu artikel di laman sesawang Singapura  mengenai perlawanan sabtu lalu.


Dalam artikel mereka, Malaysia captain to Lions: 'You are nothing' without foreign players, ada sesetengah komen menyukai pemain import dalam skuad mereka. Mereka juga membandingkan liga Eropah yang kebanyakannya menggunakan pemain luar dan dikatakan inilah sukan moden.
Mereka juga tidak faham kenapa skuad kebangsaan mereka yang dibanjiri oleh pemain luar sahaja dan menunujukkan pemain tempatan mereka tak setanding.
Cuba bayangkan 5 tahun akan datang, pastinya rakyat Singapura tidak akan merasa sendiri menyarung jersey kebangsaan mereka. Yang mereka lihat, orang luar "tolong" mainkan dan dapat naman sahaja.
Jika mereka menanamkan sikap ingin menang sahaja, semangat patriotik akan hilang begitu sahaja dalam anak jati mereka sendiri.


Mujur skuad Malaysia terus mengharapkan anak jati Malaysia bermain untuk negara dan bermain bermati - matian demi maruah bola sepak negara. Kita perlu berbangga anak jati Malaysia bermain untuk negara...
Kalah atau menang, kita perlu berbangga anak jati Malaysia mampu pergi jauh lagi tanpa menggunakan pemain luar..
Titus James Palani


Tam Sheang Tsung

Brendan Gan

Tadashi Takeda

Kita bukan tiada pemain luar yang mempunyai kerakyatan Malaysia, ada sebenarnya iaitu Titus James Palani , Tam Sheang Tsung, Brendan Gan dan Tadashi Takeda yang beraksi di liga luar negara, cuma kita lebih pentingkan pemain dalam negara sahaja. Mungkin satu hari nanti, ia mungkin boleh diserapkan jika FAM mahukan...
Hackers harap, perlawanan esok Skuad Malaysia dapat menang dan terus layak ke pusingan seterusnya..

4 comments

Izwa Kamaruddin said...

bangga jadia anak m'sia...

Terowong Informasi said...

mestilah..kita ada je pemain luar..malas je nak guna kan..

Anum said...

saya anak malaysia

Terowong Informasi said...

Hackers pon anak malaysia...