Spontaneous Dan Wordless, Fenomena Baru Dunia Blogger
Dunia blogging sering berubah.
Kejap ke kiri dan kejap ke kanan.
Ibarat lalang yang bertiup pula.
Dahulu, Hackers mengenali blog, belum pernah terpandang ayat Wordless dan Spontaneous di dalam blog di Malaysia.
Sejak tahun ini, muncul pula ayat terbaru yang direkanya.
Siapa yang memulakan fenomena ini?
Hackers nak tahu juga bagaimana tercetus idea ini.
Wordless atau dalam bahasa melayunya adalah tidak berkata apa - apa mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka manakala Spontaneous pula bermaksud spontan mengikut kamus.
Wordless dan Spontaneous ini ada berkait rapat dalam dunia blog.
Hackers difahamkan Wordless diadakan pada hari rabu sahaja manakala Spontaneous pula dilakukan pada hari khamis. Jadi Isnin, Isnin, Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad tiada ke?
Bukan apa, bila difikirkan, jika kita buat sebegini macam blogger tiada idea sebenarnya.
Kenapa tak nak buat Isnin - Moody, Selasa - Thinking, Jumaat - Realize, Sabtu - Holiday dan Ahad - Relaxing?
Hackers pernah buat perkara ini tetapi tiada apa - apa faedah sebenarnya.
Itu pendapat masing - masing.
Tak boleh nak salahkan sesiapa.
Anda mampu mengubahnya...
2 comments
hahaha..
'anda mampu mengubahnya'
nenek suke ayat tu..
:D
hahha..
nenek pon suka ye..hehehe
Post a Comment