(Agama) Disebalik Menguap Dan Bersin - Terowong Informasi

Breaking News

(Agama) Disebalik Menguap Dan Bersin

Salam 1 Malaysia,
Bagaimana puasa korang hari ini, ok?
Diharapkan ok belaka.
Baiklah, hari ini Hackers nak bagi info agama pula. Tak salah kita berkongsi ilmu.
Info hari ini adalah mengenai menguap dan bersin.
Tahukah anda bahawa desebalik menguap dan bersin ini ada yang Allah S.W.T tak suka?
Pastinya ada yang tak tahu dan juga dah tahu.
Baiklah, Hackers akan terangkan apa disebaliknya.
  • Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya Baginda Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud "Sesungguhnya Allah S.W.T suka orang yang bersin dan membenci orang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya pula mengucap 'Yaehamukallah'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan, maka apabila seseorang kamu mengusap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhna apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya" (Hadith Riwayat Bukhari)
  • Daripada Abu Said Al-Khudri R.A, katanya : Telah bersabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah meletak tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk(melalui mulut terbuka)". Riwayat Imam Muslim.
  • Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah S.W.T suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka apabila seseorang tu menguap, jangan sampai berbunyi kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu". Hadith riwayat Imam Mulism, Ahmad Dan At-Tirmidzi.
  • Daripada Abdullah Bin Az-Zubair R.A katanya : Telah bersabda Rasullah S.A.W yang bermaksud : " Sesunggughnya Allah S.W.T membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin". Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad Dan At-Tirmidzi.
Korang dah faham hadith yang disampaikan itu?
Diharap selepas ini, kalau nak menguap tu, tutuplah mulut dan jangan mengeluarkan bunyi.
Diharap, info di bulan Ramadhan ini memberi manfaat kepada kamu semua.

6 comments

Hafiz Ghani said...

wah! nice info!!!

Terowong Informasi said...

info terbaik punya

Anonymous said...

nice2.. :D two thumbs up.. :D

Terowong Informasi said...

WOW..THANKS ASAMASIN

[sutera kasih] said...

tak elok menguap dgn mengeluarkan nada suara..gelak guling2 syaitonirrajim tu

Sya said...

bguih ni.. sye slalu menguap kurakn bunyik.. insaf2.. thnks for info ye ;)