(Berita) Ibu Terkejut Pemuda Tidur Bersama Anak Gadis - Terowong Informasi

Breaking News

(Berita) Ibu Terkejut Pemuda Tidur Bersama Anak Gadis

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal terkejut apabila menemui seorang pemuda dalam bilik tidur anak gadisnya yang berusia 14 tahun semasa mahu mengejutkan anaknya itu bangun bersahur, awal pagi semalam.

Wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu tinggal bersama tiga anaknya termasuk anak sulungnya itu di rumah mereka di Hulu Langat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pada pukul 5 pagi semalam, wanita itu masuk ke bilik tidur anak gadisnya itu untuk mengejutnya supaya bangun bersahur.

"Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat ada seorang pemuda tidur bersama anaknya dan apabila ditanya, suspek mengaku sebagai teman lelaki anak gadisnya.

"Suspek warga Indonesia berusia 21 tahun itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tingkatan dua tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ab. Rashid berkata, suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran dipercayai memasuki bilik gadis terbabit semasa ahli keluarga lain sudah tidur.

Katanya, suspek bagaimanapun tertidur keletihan sehingga tidak sedar ibu kekasihnya memasuki bilik untuk membangunkan anaknya bersahur.

Beliau berkata, kejadian itu kemudian dilaporkan oleh wanita terbabit kepada polis pada hari sama dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol memandangkan anak mangsa masih di bawah umur.

Katanya, remaja terbabit sudah dihantar menjalani pemeriksaan di hospital dan polis sudah mengenal pasti suspek.


P/S : Apalah nak jadi budak sekarang. Senang - senang je bagi. Budak lagi ni. Aduh..,parah2...

10 comments

Mila Ahmad said...

eeeuuuwww.bila xcukup iman dlm ati...xtau beza baik dan buruk inilah padahnya...

Unknown said...

Nafsu2!!

Terowong Informasi said...

tu masalah sosial sekarang...pantang dipujuk rayu..apalah nak jadikan

Anum said...

macam2 hal sekarang nie kan
senang2 je

K said...

budak-budak sekarang, dashyat sangat sosialnya.

Terowong Informasi said...

kekadang..Hackers takut jika terjadi pada anak kita sendiri nanti

mrs kayrul said...

dahsyat betul bebudak zaman sekarang..kecik2 dah pandai bab seks nie

Unknown said...

MASYARAKAT!!

Terowong Informasi said...

terpengaruh menonton cite blue...

Nabila Wahab said...

advanced btol bdk2 sekarang.. ape nk jd ntah,,,