Bila Menang Di Sanjung, Bila Kalah Mengutuk - Terowong Informasi

Breaking News

Bila Menang Di Sanjung, Bila Kalah Mengutuk

Itu pepatah yang biasa kita lihat di depan mata kita.
Kita tahu bahawa Datuk Lee Chong Wei tunduk kepada pemain no 2 dunia iaitu Lin Dan yang bermain sampai set ke tiga. Tapi apa pun Hackers lihat, permainan mereka sangat menghiburkan dan mereka ini mempunyai level yang sama tetapi nasib menyebelahi Lin Dan. Apa yang Hackers lihat adalah sikap penyokong kita ini tak ubah di takuk lama. Bila menang bukan main di puji dan kalau kalah pula, mulalah kutuk dan maki pemain itu. Yang keje mengutuk tu pandai ke main?


Kalau pandai dan hebat sangat, pergi main dan wakil negara. Target jangan kalah satu game pon, boleh? Pemain profesional pon sukar mendapat rentak untuk menang sahaja, ada masanya mereka kalah juga. Permainan, biasalah ada menang dan ada yang kalah,.Janga duk ngutuk aja yang pandai. Bukan setakat badminton sahaja, bola sepak juga terkena tempiasnya. Jika rakyat dok asyik mengutuk dan bukannya penyokong, sampai bila sukan Malaysia nak maju.
Sebelum kita mengutuk pemain kebangsaan kita, fikir dahulu anda mampu bermain seperti mereka di tahap mereka berada sekarang?

7 comments

Firdaus Life said...

walaupun kalah, aku tetap sokong malaysia

Terowong Informasi said...

terus tanam ke dalam hati anda sampai bila - bila.tanpa penyokong, tak sampailah mereka ke tahap itu

xanders.co said...

yup. betul. usaha lagi.lahirkan pelapis. lain kali boleh cuba. huhu

Terowong Informasi said...

tu kita nak..pelapis kene ada banyak lagi..kita mampu gegarkan dunia..janji anak watan malaysia yang menjuarainya

Dear bella said...

Seronok tengok Chong Wei main tadi..
Cuma geram tengok Lindan asyik main kat jaring utk dpt mata...Kadang2 tu bila tak lepas jaring, Chong Wei juga dpt mata free...

ieza ashaari said...

penyokong malaysia nie ada satu sifat 'tak ada jati siri yang kuat'!

mereka berani berkata sebab mereka bukan di tempat org yang kalah tue..

Terowong Informasi said...

perlawanan tadi memang menarik sebenarnya tapi nasib tak menyebelahi chong wei..kita perlu terima kekalahan dan terus menyokong mereka lagi..