Buang Bayi Di Bulan Ramadhan - Terowong Informasi

Breaking News

Buang Bayi Di Bulan Ramadhan


Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam surau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Salak Baru, Sungai Siput, hari ini.

Bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan dibalut dengan kain batik itu ditemui 7.15 pagi oleh beberapa pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang mendengar tangisannya ketika sedang membersihkan sekeliling kawasan R&R berkenaan.

Seorang daripada pekerja terbabit kemudian membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk pemeriksaan.

Bayi itu dipercayai diletakkan di surau itu oleh seorang wanita yang kemudiannya menyembunyikan diri, katanya ketika ditemui pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di Ipoh hari ini.

Polis sedang menyiasat dan mengesan ibu bayi berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan.


P/S : Apa nak jadilah sekarang ini. Kalau tak nak pon, bagilah kat orang ke..buang mcm tu.Macam Si$##^%$^$

5 comments

Z.U.E said...

Bodoh betul ngan orang macam ni.. orang yang tak nak anak senang je nak dapat & suke-suke buang. orang yang nak sangat anak tapi susah nak dapat. ni la dunia!

pena rozie said...

Tak tahu la golongan org macam ni nak cakap ape.

Terowong Informasi said...

kalau Hackers dapat tahu siapa punya angkara, nak terajang perut dia cukup2..geram la...

Anonymous said...

kekurangan didikan agama dalam diri...hmm..sanggup die buang mcm tu je.nasib dlm surau klau dlm sungai...ya Allah kejam betul..

My Name is Mar said...

Astaghfirullah-al-azim...