(Gosip) Joey Kembali ‘Bujang’, Sah Bercerai Talak Satu
Joey yang pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Watie Elite telah kembali ‘bujang’ selepas Mahkamah Rendah Syariah Kajang memutuskan lafaz talak yang dibuat olehnya lebih setahun lalu sebagai sah.Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa tidak berlaku rujuk antara Joey dan isteri selepas Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh isterinya (kini bekas isteri).
"Saya tidak pernah melafazkan rujuk kepada isteri saya pada 8 Jun 2010 atau pada bila-bila masa sekali pun selepas perceraian. Sekiranya saya berdusta dengan sumpah ini, maka laknat Allah akan menimpa ke atas diri saya di dunia dan akhirat. "
Selepas Joey melafazkan sumpah tersebut, Hakim Syarie memutuskan bahawa dia dan isterinya sah bercerai talak satu kali pertama.
Selepas selesai perbicaraan, bekas isteri Joey sempat berpesan:-
Ingat tu, kepada semua wanita di luar sana, janganlah ambil lelaki orang. Satu hari anda terkena balik.Percayalah.." Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa. "
5 comments
betul2
banyak lagi lelaki yg single
cerai sana-sini-_-"
lelaki kat malaysia ni ramai..baik cr yang teruna
masalahnyer golongan lelaki yang dah berkahwin berstatus suami miang ni gemar mengaku bujang....bila da terkantoi...baru la si gadis tau... si gadis plak pantang nampak lelaki baik,berduit... mula la kelabu bijik mata.... bukannyer nak selidik betul2 lelaki tu bujang ker tak..zaman da moden..macam2 cara boleh selidik kaum lelaki yang agak gatal tu...
gatal?hehehe..biasalah tu kak..tapi bergantung pada lelaki jugakkan..kalau xde niat nak menggatal..semua tak jagi
Post a Comment