(Gossip) Perkahwinan Ketiga Aishah Berakhir, Diceraikan Melalui SMS
Berita perceraian Aishah dengan suami barunya, Faizal Sazali Zulkifli ramai yang masih tak tahu.
Hackers pada mulanya terkejut dengan berita panas ini.
Tak sangka rupanya, Aishah telah kahwin kali ke tiga.
Untuk yang mungkin masih tak tahu, Aishah telah bernikah dengan Faizal pada 30 April 2010. Pernikahan pula dilangsungkan secara diam-diam di Narathiwat, Thailand. Kerana itu tidak ramai yang tahu mengenai pernikahan kali ketiganya ini sehinggalah Aishah tampil membuat kenyataan.
Kini, belum pun selesai kes mahkamah disebabkan berkahwin di Narathiwat, Thailand itu, Aishah dengan Faizal akhirnya bercerai. Aishah mengesahkan yang Faizal ‘melafazkan’ cerai pada 19 Mei lalu dan ianya dibuat hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Kami tidak tinggal sebumbung sejak Februari lalu. Dia menceraikan saya menerusi SMS pada 19 Mei baru-baru ini. Selepas merujuk perkara ini kepada abang serta mereka yang bertauliah dan mendapati memang dia mengirimkan SMS itu, barulah saya berani mengesahkan perceraian ini,” katanya yang akan ke mahkamah sekali lagi bagi menyelesaikan perkara itu."
“Mereka menyokong apa saja keputusan yang saya lakukan. Malah anak saya juga ada berkata bahawa mereka lebih rela tiada bapa jika itu lebih membahagiakan kami sekeluarga. Lagipun mereka semua sudah meningkat dewasa, yang sulung itu pun sudah jadi orang bujang dan dia juga ada berkata yang dia akan mempertahankan saya walau dalam apa keadaan sekali pun,” katanya."
Dulu saya(aishah) pernah berkata yang serik berumah tangga, tapi selepas berkenalan dengan bekas suami, saya mengambil keputusan menamatkan zaman janda dengannya. Jadi saya tak mahu mengatakan serik. Ini adalah soal jodoh dan kerja Tuhan.
“Namun untuk saya mencari, biarlah dulu. Buat masa ini, saya lebih selesa dengan anak-anak,” katanya.
Apa yang Hackers nak ucapkan supaya Aishah tabah menghadapi segala dugaan ini...
4 comments
ish x sangka kan....
mmg tak sangka...
isk.sian pulak. suare aishah merdu sgt! sukee!
kesian aishah. ni semua takdir yg ditentukan tuhan. kita dah tak boleh nak buat ape-ape laa kan!
Post a Comment