(Gossip) “Saya & Fida Ada Hubungan Erat, Memang Baik” – Mamat Sepah - Terowong Informasi

Breaking News

(Gossip) “Saya & Fida Ada Hubungan Erat, Memang Baik” – Mamat Sepah

“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.

Amboi..Statement bukan main si Mamat Sepah ini kan.
Ada yang mengatakan beliau bercinta dengan Rafidah Ibrahim atau Fida, 25. Ala pelakon yang menerusi drama kasih alia di TV3 sekarang ini..Muka Fida ini ala - ala Siti Nurhaliza. Jom ikuti apa kata fida pula,

Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.
Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.

Jika kita perhatikan, Fida ini mempunya wajah yang cun melecun malah juga mempunyai perwatakkan wanita solehah. Untung sesiapa dapat mengahwini beliau ini. Adakah mereka ini akan bertunang atau berkahwin nanti?

Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza.

Edit Dari : Ohbulan.com

2 comments

ieza ashaari said...

nama pun sepupu, mesti ada iras2 skit..

muka dorg nie lbh kurg lah.. ada jodoh nie..

Terowong Informasi said...

heheh...untung dapat