Indonesia Pilih Harimau Malaya Untuk Diuji? - Terowong Informasi

Breaking News

Indonesia Pilih Harimau Malaya Untuk Diuji?

KUALA LUMPUR: Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaannya menghadapi perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September ini.
Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata, Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.

Indonesia juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia, katanya melalui laman web rasmi PSSI.

Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.


Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun ia tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut. -Bernama


P/S : Wah..lepas ni perang Leser lagi lah ye..hehehe

5 comments

Adam Azra said...

nampaknya mcm gitu la. perang laser hehe

K said...

hehe, perang cyclops XD

Terowong Informasi said...

hahaha..meh kita paling ultaman kasi kacau ag..wawawawa

sYafIk-wAy said...

waahh nmpk menarik , nak tgk perlawanan ulangan final rituh , sonok sgt ni kalau jumpa indon lagi

Terowong Informasi said...

tau xpe..perlawanan yang bersih kan