Kenapa Segmen Blogger Newbie Tidak Ada Sambutan? - Terowong Informasi

Breaking News

Kenapa Segmen Blogger Newbie Tidak Ada Sambutan?


Semua orang pernah rasa jadi blogger Newbie kan? Dah nama "Newbie" pastinya ia blogger baru. Masa itulah bermulanya blogger menaikkan blog mereka itu. Tak kira apa cerita sekalipun, janji entry yang menarik.Jangan copy paste pulak ye. Hackers kekadang ada menjenguk blogger "Newbie" ini tetapi menjadi "Silent Reader" sahaja. Ada sesetengah Newbie ini suka membuat Segmen di blog mereka, tapi apa yang mendukacitakan adalah tiada sambutan dan kurang sambutan. Kenapa ia jadi begitu?
Meh Hackers bagi tahu kenapa Segmen korang tak menjadi :
  • Follower blog korang kurang
  • Mesti mempunyai follower sekurang - kurangnya 500 follower, barulah segmen korang berjaya.
  • Segmen membosankan.
  • Nak join tapi susah nak buat segmen yang dianjurkan.
  • Masa join terlalu pendek.
  • Kurang promosi blog di blog lain.
  • Blog korang tidak dikenali.
  • Segmen yang dibuat pernah dilakukan oleh blogger lain.
Itu adalah sedikit tips yang Hackers boleh bagi.Hackers dahulu pernah buat segmen dan segmen tersebut tiada sambutan. Lagi pun masa itu follower Hackers baru berapa. Jadi, follower itu penting bagi sesebuah blog.Tanpa follower, syok sendirilah jawabnya korang buat blog itu sebab tiada orang yang membacanya.
Jadi kepada blogger Newbie ini, kumpulkan follower dahulu dan bila dah ramai, barulah boleh buat segmen dengan jayanya.Rerajinlah berblogwalking dan promosilah blog korang itu... Insyaallah ia menjadi...

5 comments

AzeeraAhmad said...

tips tips.. :).. aku ni pon newbie la ea.. lalalala

Zulfahmi Abidin said...

haha. aku tak pnah buat or join mane2 segmen. bahhaha.

Terowong Informasi said...

ZULFAHMI..Lu otai..xjoin pon ok..hehehe

My Name is Mar said...

Betul. Wa penah buat segmen, takde orang nak join langsung.
And waktu tu blog wa just ada 100 follower..
Kalau nak cepat naik, buat bloglist..
memang kejap jek naik trafik..

Terowong Informasi said...

yup..bloglist le cari mkn..