Khairul Fahmi Pulangkan Cincin Pertunangan. - Terowong Informasi

Breaking News

Khairul Fahmi Pulangkan Cincin Pertunangan.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22. Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.
Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.


Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian ialah atas alasan bahawa itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.
Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.

Sumber : Oh Bulan


P/S : Hackers harap, blogger jejariruncing bersabar dan ambil iktibar dalam kes ini...

8 comments

safurara said...

sedih kan.

Terowong Informasi said...

tau xpe..takde jodoh, nak buat macam mana kan

Anonymous said...

tak pasal2 kena putus tunang. haissh!

entry terbaru: blogger JB buat aku pengsan !

Izwa Kamaruddin said...

hurm..semoga hal diaorg selesai dgn baik sebagaimana diaorg berkenalan,berjumpa keluarga....

Terowong Informasi said...

sepatutnya, kita bincang dgn family..jgn tergesa2..menyesal nnt

Nurul Syakira Zainal said...

sepatutnya perkara ni tak boleh terjadi. diakan skuad negara. hal peribadi ni boleh handle cara baik ape. kalau boleh takya laa putus2. korang tu dah lame kot. nak kawen da pon. p/s: sebab tu aku tak suke tunang, baik kawen je terus.

Anonymous said...

bila dah femes ni tekanan banyak datang dari segenap penjuru.. macam2 version cerita keluar.. tapi nak kata mcm mana kan dah tuan punya badan sendiri buat keputusan cenggitu..

si para para said...

mungkin apek tensen sebab kalah ngan singapure hari tu kot..

apa pun yang terjadi kita kena terima..
kepada elia, harap bersabar.