Lamar Kekasih Dengan Cara Unik - Terowong Informasi

Breaking News

Lamar Kekasih Dengan Cara Unik

QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.

Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.

Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.

Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.

Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
 
PANG KUN melutut di depan kekasihnya, Zhao Xinyu di Qindao pada Sabtu lalu. 

"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu.
"Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."

Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.

Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.

Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi



P/S : Korang masa kena lamar, cara macam mana ye?

7 comments

Anum said...

uniknya

Terowong Informasi said...

mmg unik tapi kos dia..fuhh

Munn Jaafar said...

tu dia! nak propose pun kos smpai puluh ribu! dh boleh kawin kot....

Terowong Informasi said...

mmg dah boleh buat kawin dah

ieza ashaari said...

nasib diterima. klu x? huhu..

aena jamil. said...

spend banyak cost untuk melamar jer.? haha memang unik. :D

yayahnasake said...

so sweet :)