Mee Siput..Syok Habis!!! - Terowong Informasi

Breaking News

Mee Siput..Syok Habis!!!

Korang pernah makan Mee Siput?
Ha..ada yang tak tahu ker? Bukan mee tu ada siput tau. Ini nama sahaja.
Setahu Hackers, mee siput ini hanya terdapat di negeri Johor sahaja.
Rupanya macam mee tetapi ia perlu digoreng terlebih dahulu.
Bila dah di goreng, cara makannya amat mudah.


Makan dengan sambal sahaja. Nyum Nyum..
Kalau macam tak sah bunyi KRUP!!!KRUPP!!! kat dalam mulut.
Ragup dan enak sekali.
Bagi Hackers, Hackers suka makan dengan sambal kicap.
Lagi pedas makin terangkat woo.
Dulu masa sekolah rajin makan benda ini tapi sekarang jarang dah.
Rugi kalau tak makan benda ini.
Kalau nak makan benda ini, datanglah ke johor.Pastinya ada jual..

Kalau korang rajin singgah ke Ayer Hitam kat Johor, korang boleh dapatkan mee siput ini dengan harga yang murah. Terliur plak bila melihat gambarnya.Tak rugi kalau mencuba.
Oklah, selamat mencuba makan baru ini ye.

7 comments

MizzTina said...

ye, sy suke makan mee siput!!!

nur qamarina binti mohsar said...

rina pun suke makan mee siput.
rangup ! :D

Nora said...

akak suka makan dengan sambal tumis ikan bilis ...hmmm sedap

SiS NaD said...

Salam Hackers...

Sis pernah makan sekali... Sebelum puasa hari tu.... Tapi tak minat la.. Huhu!~

Luqeem™ said...

sedap ni, lama tak makan..

Terowong Informasi said...

ramai yang tahu ye bab makanan ni..hehe

Ibu Aqmar said...

macam besh jer..kat kl tak do ke?nk gak try rase