Ramai Pelajar Tidak Faham Surah Al-Fatihah - Terowong Informasi

Breaking News

Ramai Pelajar Tidak Faham Surah Al-Fatihah

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan.


“Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama.

“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang...bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam.


Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid.

Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.


P/S : Perkara serius ni.Apa pandangan korang?

5 comments

miss_nia said...

bagus blog awak..

Terowong Informasi said...

thanks..blog masih baru lagi ni

Mr feckry said...

gua stuju, jangan kata dorang budak macam wa ni pun tergagp2 lagi menghafal maksud ayat quran. Gua pelik kenapa zaman wa sekolah dulu tidak di tekankan pengertian bacaan dalam solat.

Terowong Informasi said...

betul juga ye..kat sekolah sendiri tak tekankan pengertian bacaan dalam solat

My Name is Mar said...

Aku pernah post BERKAITAN benda ni dalam entri CONTEST JANGAN LUPA LIRIK.. Try google..
BTW, itulah hakikat orang zaman sekrang nih...
Kadang-kadang yang dah kawen pun belum tentu faham maksud Al-fatihah..

Jadual UPDATE Blog