Sambutan Hari Kemerdekaan Singapura Ke 46 Meriah
SINGAPURA, -- Singapura menyambut Hari Kebangsaan ke-46 Selasa dengan pelbagai aktiviti termasuk perbarisan tentera, terbang lintas hormat, pertunjukan bunga api dan muzikal yang menyentuh perasaan berhampiran Marina Bay Waterfront.
Sambutan bertemakan "Majulah! Dengan Semangat Singapura", menyebabkan kawasan itu penuh sesak dengan orang ramai yang ingin berpesta.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Kolonel Alvin Kek berkata sambutan tahun ini mencerminkan permulaan Singapura yang asalnya hanya sebuah perkampungan nelayan sehinggalah pencapaian terkini dan bagaimana rakyatnya berdepan serta mengharungi pelbagai cabaran.
Muzikal NDP 2011 merupakan karya Haresh Sharma dan ia berkisar tentang sejarah Singapura menerusi pengamatan seorang ibu dan anak lelaki yang dilahirkan pada 1965, tahun sama negara itu mencapai kemerdekaan, dan kaca mata cucu lelakinya, yang melihat keadaan Singapura hari ini serta apa yang bakal berlaku.
Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura terus bekerjasama bagi mewujudkan masa depan lebih gemilang.
"Kita kini berada pada detik baru dalam sejarah kita. Dalam dunia globalisasi, kita boleh kekal kompetitif dengan meningkatkan tahap pendidikan dan produktiviti.
"Kita boleh berada di depan dengan memperluas himpunan bakat dan kekal sebagai masyarakat terbuka yang bertenaga," katanya.
Menyedari kehendak generasi muda Singapura yang mahukan suara alternatif lebih luas, Lee mempelawa mereka yang mempunyai idea dan pelan tampil membantu kerajaan memperbaiki keadaan.
P/S : Singapura selalu buat hari kemerdekaan mereka pada waktu malam tapi kalau Malaysia buat macam ini kan best...

1 comment
malaysia wat pagi2 kan kalau tak silap.. panas2..
Post a Comment