Sejahat - Jahat Ibu Bapa Kita, Ia Tetap Ibu Bapa Kita
Setiap insan mesti ada ibu bapa masing - masing.
Tanpa mereka, tanpalah kita hidup di dunia ini.
Tapi, adakah kita menghormati mereka?
Dunia sekarang tak sama seperti dunia zaman dahulu.
Cara percakapan dengan ibu bapa sekarang juga berlainan.
Jika dulu, kita takutkan mereka jika kita lakukan kesalahan.
Tetapi zaman sekarang dah lain caranya.
Ibu bapa sekarang kena kena jadi kawan dengan anaknya.
Jika tidak, perbalahan akan berlaku.
Bagi Hackers, perbalahan antara ibu bapa dengan kita tak wajar berlaku.
Kita perlu bertolak ansur dengan mereka.
Ingat, bahawa mereka berkorban masa semata - mata ingin membesarkan kita.
Ribuan ringgit mereka habiskan untuk membesarkan kamu.
Jika mereka kerap memarahi anda atau memukul anda dengan alasan, jangan melawan.
Mengakui kesalahan sendiri dan jadikan ia satu iktibar.
Sejahat - jahat ibu bapa kita itu, ia tetap ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka.
Jika suatu hari nanti, anda kehilangan mereka, pastinya anda akan menyesal seumur hidup kerana tidak sempat meminta maaf kepada mereka.
Meminta maaf kepada mereka ini bukan sahaja pada Hari Raya Aidilfitri malah setiap hari juga boleh.
Sayangilah mereka selagi mereka bernyawa.
Bahawasanya, anda tidak rugi menyayangi mereka dan hormati mereka malah ia berfaedah kepada anda.
Hackers menyambut Hari Raya kali ke 9 kali ini tanpa ayah tersayang.
Jika dia ada, pastinya ia dapat berjumpa dengan anaknya dan menantunya dan juga cucu dia yang di sayang.
Dengan berbekalkan Al-Fatihah sahajalah hadiah Hackers setiap hari kepadanya.
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dari golongan orang beriman..
Amin...
3 comments
betul-betul..jahat mana pun mak ayah kita..jgn pernah kita berniat nak layan buruk kat mereka.Sentiasa doakan mereka..huhu..sedih la kdg2 tgok ank lyn ibubapa mcm musuh,.
TQ for this entry....
selagi mereka hidup..berjasalah kepadanya
Post a Comment