Warga Indonesia Mati Dalam Kemalangan
SRI AMAN: Bomba terpaksa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan meragut sembilan nyawa di Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran Jelukong di sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila kenderaan jenis Toyota Rush dinaiki 10 orang yang semuanya warga Indonesia dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Serian, bertembung sebuah lori membawa muatan ayam beku.
Kenderaan itu hilang kawalan dipercayai apabila pemandunya mengantuk selepas menempuh perjalanan kira-kira 10 jam untuk ke pintu sempadan Tebedu-Entikong di Serian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Jiilin Itar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.44 pagi sebelum mengerahkan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Operasi mengeluarkan mayat mangsa bermula jam 4.15 pagi dan mangsa terakhir berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.50 pagi.
3 comments
ngerinya tgk gmbr
hmmm hati-hati lah memandu.takut sgt.
anda mampu mengubahnya
Post a Comment