Warga London Simpati Nasib Asyraf Buat Laman Web Bantu Kutip Dana - Terowong Informasi

Breaking News

Warga London Simpati Nasib Asyraf Buat Laman Web Bantu Kutip Dana

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).




"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.

"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London.

Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang. Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.


P/S : Baiknya orang sanakan...

8 comments

iedaurora said...

good to hear this... kesian die!

Terowong Informasi said...

apa lagi..jom derma dia..hehe

Nadia said...

sian dyer..tapi knp lah dyer p kuar sorang2 tyme tu..hurm...

new entry :: Day 05 - A picture of your favorite memory

Anum said...

anum tgk video memang sakit ati..
kesian dia

Terowong Informasi said...

tau xpe..nak melawan pon xle kan

ieda =.= said...

kcian die..
harap2 die cpt smbuh..

Terowong Informasi said...

tulah..harap lepas ini, rusuhan disana dapat dipulihkan

Unknown said...

ad juga orng sane yg perihatin..alhamdulilah bgus ah mcm gitu