Bekas Kekasih Dedah Rahsia Mamat Sepah Dan Kenyataan Balas Mamat Sepah - Terowong Informasi

Breaking News

Bekas Kekasih Dedah Rahsia Mamat Sepah Dan Kenyataan Balas Mamat Sepah

Panas panas melanda industri Malaysia ini.
Ada sahaja gossip yang keluar di media hiburan ini. Terkini mengenai Mamat Sepah dan bekas kekasihnya, Adda. Berita ini sudah kecoh di blog Hiburan mengenai kes mereka ini. Tuduh menuduh itu perkara biasa sebab nak jaga nama mereka sendiri. Bekas kekasih Mamat ini, Adda telah membongkar rahsia Mamat kepada media.Berikut kenyataan beliau :

“Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya…Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu, Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai.
“Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia,”
Kita tahu bahawa Mamat Sepah ini telah bercinta dengan Fida yang popular dengan drama Kasih Alia ini.Adda ada mengatakan bahawa tidak menganggap Fida sebagai perampas kekasihnya itu dan menyifatkan kekasih baru anggota kumpulan yang menjuarai Maharaja Lawak tersebut sebagai ‘tidak tahu apa-apa’ mengenai status hubungannya dengan Mamat.Beliau ada mengatakan begini :

“Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebab dialah.
“Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling…Itu yang saya bengang,”
Makin hangat pula cerita ini. Nak tahu apa maklum balas Mamat sepah. Meh lah baca dibawah ini :

“Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.”
“Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan,”
“Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi,”

Kalau mengenai perpecahan kumpulan Sepah, beliau berkata begini :

“Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang,”
Diharap, spekulasi ini dapat ditamatkan dengan cara baik dan bermaafan.
Tak elok gaduh2 ini.Boleh menyebabkan pergaduhan besar nanti.
Betul tak kawan - kawan...

3 comments

zaza ismail said...

nyampah dgn org yg mudah lupa diri

JalalRet said...

ha!!!..
anjat boboy...

jalalret.blogspt.com

BeloG MTT said...

Macam macam lah..hanya dorang yang tahu perkara sebenar...