Bila Budak Berusia 6 Tahun Fasih Bertutur Dalam Bahasa Inggeris - Terowong Informasi

Breaking News

Bila Budak Berusia 6 Tahun Fasih Bertutur Dalam Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris merupakan bahasa terpenting di dunia kerana ia adalah bahasa pengantaraan dunia.
Sebabnya, urusan kita di bank, atau mana - mana tempat, bahasa inggeris amat diperlukan. Walaupun Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa rasmi kita, bukan bermakna kita tak perlu belajar dalam bahasa Inggeris. Lihat sahajalah masyarakat berbangsa Cina dan India, mereka mengajar anak mereka bertutur dalam bahasa inggeris sejak kecil seawal 6 tahun.Mereka tahu, bahawa bahasa Inggeris bahasa utama di dunia ni.
 Jika mahu mendapat kerja yang baik, Bahasa Inggeris yang menjadi titik tolak bagi menentukan masa depan kita. Tak rugi jika kita belajar bahasa lain selain bahasa melayu.Tiada siapa yang rugi dalam bab ini malah ia menguntungkan lagi.Hackers teruja melihat anak pengurus syarikat di tempat Hackers bekerja. Anak mereka fasih bertutur dalam bahasa inggeris tanpa sebarang kesilapan.
 Ibu bapa mereka ini hantar anak mereka di Smart Reader bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka ini. Hackers sendiri kalau bertutur dalam bahasa Inggeris masih terkial - kial lagi tetapi budak seumur 6 tahun, fasih dalam bahasa inggeris. Jika Hackers ada anak suat hari nanti, Hackers nak sangat mereka menguasai bahasa inggeris dengan baik sebabnya Hackers tahu apa kebaikkan jika kita mahir bertutur dalam bahasa inggeris ini.

2 comments

maszull said...

salam...ye betul tu...biar anak2 mahir menguasai bahasa inggeris kerana itu penting utk masa depan merekakn...:)

Terowong Informasi said...

tau xpe kak