Drama Soffiya Buat Penonton Geram - Terowong Informasi

Breaking News

Drama Soffiya Buat Penonton Geram

Anda tentu telah menonton drama terbaru di TV3 iaitu Soffiya.
Drama dari pengarah filem Nur Kasih ini  telah membuat satu drama yang bakal meletop di kaca televisyen di Malaysia. Drama ini pada pandangan Hackers, memang terbaik selepas tayangan drama bersiri Kasih Alia.Jalan cerita yang cukup teratur dan mudah difahami membuat penonton melekat di kaca televisyen, malah pelakonnya cukup hebat.Tapi drama ini memang boleh membuatkan orang bertambah geram kerana aksi kejam bapa si soffiya ini.Hackers sampai tak puas hati bila melihat drama ini.Maklumlah, pemegang watak tersebut telah membawa watak yang cukup baik dan menghayati watak tersebut.Malam ini ada lagi drama tersebut setiap jam 7 pm.Oklah, tak nak cerita panjang mengenai drama ini, Hackers ada sediakan sinopsis sedikit untuk kepada tatapan pembaca.

Sinopsis Drama Soffiya :

Drama ini di bintangi oleh pelakon popular Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Soffia, beliau merupakan seorang gadis yang lincah dan periang, ayah soffiya merupakan seorang doktor dan ibunya pula sering mengalami masalah kesihatan, selepas berlaku satu kejadian yang hitam, rutin hidup soffiya mula berubah, dia menjadi seorang yang pendiam dan murung, nasib buruk terus menimpa Soffiya sehinggalah dia dimasukkan kedalam penjara, dan baru ketika itulah dia mula mengenal erti cinta.  Namun Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri, dan Soffiya pun berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, tidak cukup dengan itu, ketabahan Soffiya terus diuji sekali lagi bila mana cinta pertamanya sebelum ini adalah merupakan anak tirinya sendiri.

6 comments

Anum said...

anum kalau tgk memang geram
raja nak belasah je bapak dia

Terowong Informasi said...

hahah..cptnya anum komen...

Anonymous said...

As Salam,

nampak citer ni cam best jer..tp,terlepas lak nk tgk..
so,wyna nk download la kt internet...
smlm wyna sempat tgk soffiya tu dh mengandung n lahirkn anak tp anak dy mati.sian jer. ;(

Munn Jaafar said...

memang, tgk cerita ni buat aku tension. rasa nk pg cari je bapak dia tu.

Mr feckry said...

layang juga bai citer ni

Unknown said...

ntah la aku bab2 drama melayu malas sunggoh nk layan