Hero Spartacus Meninggal Dunia Akibat Kanser - Terowong Informasi

Breaking News

Hero Spartacus Meninggal Dunia Akibat Kanser

Andy Whitfield, berusia 39 tahun merupakan bintang drama bersiri berjudul “Spartacus: Blood and Sand,” telah disahkan meninggal dunia, di Sydney, Australia.
Pengurus, Sam Maydew berkata pemergian mendiang Andy Whitfield berpunca daripada penyakit kanser darah yang dikenali sebagai non-Hodgkin Lymphoma.
Mendiang yang dilahirkan di Wales dan menetap di Australia mula dikenali apabila memegang watak hero sebagai ‘Spartacus,” sebuah drama siri yang menceritakan kebangkitan hamba abdi di zaman Rom. Spartacus : Blood and Sand ini menjadi hit kerana diterapkan dengan unsur seks serta keganasan yang mencerminkan kehidupan manusian zaman dulu. Ia tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, kerana ia sememang mengandungi banyak babak-babak yang mengejutkan.



Whitfield dikatakan sedang bersedia untuk berlakon sebagai Spartacus musim kedua apabila dia disahkan menghidap kanser darah, kira-kira 18 bulan lalu.
Stesen tv mengumumkan bintang Australia, Liam McIntyre akan mengambil alih watak tersebut.

3 comments

Anum said...

dah ajal kan

Unknown said...

jgn d sangka badan yg kuat itu kebal..sampai masa pergi jua

Terowong Informasi said...

betul tu khairul...ajal maut di tangan tuhan