Kedai Makan Melayu VS Kedai Makan Mamak, Mana Bersih? - Terowong Informasi

Breaking News

Kedai Makan Melayu VS Kedai Makan Mamak, Mana Bersih?

Tajuk kali ini nak buat korang berfikir mengenai tahap kebersihan kedai makan di luar sana.
Anda makan di kedai mamak dan di kedai melayu? Sudah tentunya anda telah mencubanya.
Tapi bersih ke tempat mereka ini sebenarnya?
Ok, atas pengalaman Hackers, kedua - dua kedai ini sebenarnya sama sahaja tetapi tak semua kedai ok.(kang marah plak pekedai Malaysia plak).Ada kedai melayu yang bersih dan ada yang kotor.Begitu juga kedai mamak, ada yang bersih dan ada yang kotor.Pengalaman Hackers akan dimulakan di :

Kedai Makan Melayu :

Kejadian ini semasa Hackers masih bujang lagi.Tinggal di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.Kerja masa itu di HUKM, Cheras.Jadi, jika kita tinggal di Kuala Lumpur, pastinya kita hendak cari kedai makan yang sedap tapi murah, betul tak?Kalau nak yang mahal, berlambak ada di Kuala Lumpur ini.Berbalik pada kedai makan melayu ini, bukan nak aibkan tetapi ia adalah benar dan berulang kali berlaku pada diri hackers tau. Kejadian pertama berlaku apabila makanan Hackers terdapat beberapa gumpalan berus dawai didalamnya.Bila ditegur dengan penjaga kedai tersebut, mereka hanya mampu senyum sahaja.Kejadian kedua dan di kedai yang sama, Hackers terjumpa anak siput babi di dalam Teh O Ais.OMG!!! Memang nak muntah Hackers pada masa itu.Selain dari ini juga, mee bandung yang diorder tersebut, hackers boleh termakan cebisan surat khabar dan cebisan plastik alas meja.WTF!! Nak bunuh orang ke apa?Kedai ini amat popular di Taman Midah,Cheras.Orang gelarkan kedai "Din".
Hackers takkan jejak ke kedai itu lagi kerana kotor terlampau sangat.

Kedai Makan Mamak :

Kedai mamak Hackers jarang jumpa sumber kotor ini tetapi ada pengalaman sedikit.Kejadian pertama di Kluang, Johor. Masa itu, isteri Hackers ajak "ngeteh" kat kedai situ.ia betul - betul kawasan bandar Kluang, Johor.Order untuk "ngeteh" ni biasanya Teh Tarik dan Roti Canai sekeping.Masa sedang asyik makan, Hackers terjumpa Janggut dalam roti canai tersebut.Terdiam seketika masa tu dan kemudiannya, tolak tepi terus sebab tak lalu makan.Kejadian kedua adalah di Taman Universiti, Skudai.Masa tu tengah sarapan di kedai itu.Order Milo Ais.Masa minum air itu dan dah minum  setengah gelas, Hackers pon godek - godek air milo tu nak kasi sebati katakan tetapi apa yang memeranjatkan adalah, Hackers terjumpa kaki lipas!!! OMG!!! Yuuuckkkssss....Nak muntah rasanya kat situ.Bila dah nampak, terus blah dar kedai tersebut.

Kesimpulan cerita ini :

Jika korang hendak makan atau minum diluar sana, korang perlu perhatikan sama ada kedai tersebut bersih atau tidak.Anda boleh melihat simbol gred kedai tersebut yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya atau Pihak Berkuasa tempatan samaada ia gred A,B,C atau D.Jika kedai tu murah tetapi tahap kebersihan macam hampeh, tak guna juga.Biar mahal sedikit tetapi kebersihakan diutamakan.Senang cerita, makan makanan yang dimasak dirumah lagi bagus....

4 comments

Munn Jaafar said...

aku pilih kedai mamak..bersih dan tau hormat org..lau g kedai melayu BIASANYA diorg lyn mcm kita ni mkn xde duit nk byr.

Terowong Informasi said...

ya betul..nak senyum pon susah kan?

Shaherah said...

hackers... kebanyakkan kedai makan mamak dekat taman universiti semua nyer tak bersih.... serius.. ^_^

Mila Ahmad said...

terima kasih di atas info tersebut
jarang dah la ni makan kt luar..tapi xmasak pown kat umah huhu..owg bujangla katakan hihi...